Wednesday 5 November 2014

Polis nafi video buli tersebar babitkan kes buli pelajar MRSM Balik Pulau

I'm at 
Kes buli: Orang ramai minta polis cari budak singlet hitam

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menafikan video buli pelajar sekolah di dalam bilik asrama sebuah sekolah yang tersebar luas di laman sosial adalah kes buli membabitkan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ketua Polis Dareah Barat Daya, Supritendan Lai Fah Hin ketika dihubungi berkata, video yang tersebar berdurasi 4 minit 37 saat itu tiada kaitan langsung dengan kes buli membabitkan pelajar MRSM Balik Pulau Oktober lalu yang masih dalam siasatan polis ketika ini.

Tambahnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes buli membabitkan pelajar yang dilaporkan telah memukul seorang pelajar junior sekolah itu.

Ujar Lai lagi, bagi kes buli di MRSM kesemua pelajar terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas polis mengambil keterangan mereka.

Dalam kejadian pada 22 Oktober lalu seorang pelajar tingkatan dua di MRSM berkenaan patah tulang rusuk selepas dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama.

Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati salah seorang pelajar berkenaan mengaku terlibat memukul junior mereka kerana mangsa enggan mengaku mencuri telefon bimbit Samsung Note 3 milik salah seorang daripadanya.

Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut. Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan. 

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment