Wednesday 15 October 2014

Kes letupan: Dendam dua kongsi gelap

Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Polis temui petunjuk positif berhubung kejadian letupan bom di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Bintang, Bukit Bintang pada 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ada kemajuan dalam siasatan kes itu.

"Memang jelas, kejadian ini bukan perbuatan kumpulan militan, ia berpunca daripada dua kumpulan kongsi gelap yang bermusuhan dan membalas dendam.

"Kita telah mengenal pasti dua kumpulan tersebut, kita akan mengambil tindakan dalam masa terdekat " katanya.

Ahad lalu, seorang individu yang dikenali sebagai Ah Hai tampil membantu siasatan berhubung kejadian letupan bom itu.

Seramai 17 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kejadian letupan itu.

Dalam kejadian letupan jam 4.25 pagi itu, seorang joki kereta dilaporkan maut, manakala 12 individu yang lain cedera dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mangsa terlibat terdiri daripada tujuh warga tempatan, empat warga China, seorang rakyat Singapura dan seorang lagi warga Thailand.

-- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment