Saturday 25 October 2014

Johan juara Super Spontan, bawa pulang Toyota Camry dan RM100,000



Johan telah menewaskan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah Toyota Camry dan trofi 

KUALA LUMPUR: Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, atau Johan 'Abe Macho' muncul juara Super Spontan 2014.

Johan telah menewaskan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah Toyota Camry dan trofi.

Naib Juara menjadi milik Shahrul ‘Super Gayung’ yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000, diikuti Shuib ‘Raksasa Comey’ ditempat ketiga bersama wang tunai berjumlah RM25,000. Masing-masing telah menerima trofi Super Spontan 2014.

Manakala Achey (Acik Gelek), Yus ‘Sugar Kane’ dan Tauke ‘John Senah’ masing-masing berada di tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta sebuah trofi.

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Gelanggang akhir Super Spontan 2014 yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada malam Jumaat, telah disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).

Program ini turut menampilkan Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli sebagai pengacara, Ray dan Hanif sebagai pengadil perlawanan manakala Amir Raja Lawak sebagai pembantu pengacara.

- Sumber: Astro Gempak

No comments:

Post a Comment