Tuesday, 9 September 2014

Susulan kes bayi tiga bulan meninggal, enam pekerja pusat asuhan dibebaskan

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.


KUALA LUMPUR: Susulan kes kematian seorang bayi berumur tiga bulan di sebuah pusat asuhan di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Isnin, enam pekerja pusat asuhan kanak-kanak dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah.

Menurut beliau, siasatan lanjut diteruskan hasil bedah siasat yang akan diperoleh dalam tempoh terdekat.

Usaha kemudian akan tertumpu kepada mengenal pasti indivdu yang bertanggungjawab menjadi punca kematian kanak-kanak terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu kira-kira 2.00 petang pada Isnin.

"Menurut maklumat awal, bayi itu berada dalam keadaan sihat dan berjaga pagi tadi kira-kira jam 9.30 sebelum dihantar ke pusat itu yang telah beroperasi sejak lapan tahun lalu.

"Difahamkan sejak kecil, bayi tersebut telah dihantar ke pusat itu yang diusahakan oleh seseorang yang berpengalaman lebih kurang 20 tahun," katanya kepada Bernama.

No comments:

Post a Comment