Tuesday 2 September 2014

Budak 2 tahun mati ditinggal dalam kereta di Virginia

Kenwood Boulavard East, di mana kanak-kanak burumur dua tahun itu ditemui.

ROANOKE: Seorang budak berumur dua tahun mati selepas ditinggalkan dalam sebuah van oleh ibu bapanya dalam keadaan cuaca panas di Virginia, Amerika Syarikat pada Ahad, lapor agensi berita The Associated Press.

Menurut jurucakap polis, budak itu ditinggalkan untuk satu tempoh yang agak lama.

Budak yang tidak didedahkan namanya itu ditinggalkan di tempat duduk keselamatan kanak-kanak.

Kereta itu pula diletakkan di sebuah kawasan kejiranan.

Punca kematiannya belum disahkan tetapi suhu setempat pada petang Ahad itu mencecah sehingga 32 darjah Celsius.

"Siasatan setakat ini menunjukkan budak itu ditinggalkan secara tidak sengaja oleh keluarganya untuk satu tempoh yang agak lama," kata jurucakap polis, Scott Leamon seperti dipetik oleh media.

Ini bukan kejadian pertama di Amerika Syarikat. Pada tahun ini saja, ada 24 kes yang hampir sama melibatkan kematian kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta. 

 --Sumber: Agensi

No comments:

Post a Comment