Saturday, 2 August 2014

Syawal jalin semula hubungan Nabila Huda dan Amy Search


Nabila Huda, Amy Search
Kembali terjalin - Kredit Foto Instagram Amy Search


“Terima kasih Ya Allah kerana kembalikan dia dalam dakapanku”

Demikian kata-kata kapsyen yang ditulis penyanyi rock Malaysia, Amy Search apabila memuatnaik gambar dia dan anaknya, Nabila Huda pada sambutan raya pada 1 Syawal, Isnin lalu.

Ini mungkin hikmah di bulan mulia, hubungan anak beranak, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman dan Nabila kembali pulih setelah dilihat retak pada Jun lalu.

Sebelum ini, hubungan anak-beranak ini dilaporkan bermasalah apabila Amy memarahi Nabila secara terang-terangan di ruang sosial media, Instagram.

Amy Search, Nabila Huda
Wajah ceria di pagi raya - Kredit  Foto Instagram Amy Search 


Amy Search, Nabila Huda
Keluarga besar Suhaimi Abdul Rahman - Kredit  Foto Instagram Amy Search


Namun, pada pagi raya, Amy dan Nabila bersama-sama kelihatan ceria memuatnaik gambar sambutan hari raya mereka berdua bersama keluarga.

Hubungan yang kembali terjalin itu disambut dengan rasa gembira oleh peminat-peminat dua nama besar industri seni ini.

Amy turut menulis rasa syukurnya yang tak terhingga dengan kebahagiaan yang dikurniakan.

Nabila yang bakal muncul dengan telemovie Saloma, 28 Ogos ini turut berkongsi berita baik itu bersama peminat di laman Twitternya.

Pada 28 July bersamaan 1 Syawal, mereka sekeluarga  turut meraikan sambutan ulangtahun Amy yang ke 56.





- Astro Awani  

No comments:

Post a Comment