Saturday, 5 July 2014

Anak lelaki Linda Rafar meninggal dunia

Anak lelaki Linda Rafar, Rezaimen Keiflin

Anak lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin berumur 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbukan kronik dalam perut sejak awal tahun ini, laporan Sinar Harian.

Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.

Al-fatihah to Lindarafar son, Rezaimen. Semoga ditempatkan dikalangan yang beriman. Amin.pic.twitter.com/jY9xxPXCQf— (@humyraaaaaa) July 5, 2014


Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment