Tuesday 3 June 2014

Dua anggota renjer maut di Pattani

PATTANI - THAILAND. Dua anggota renjer maut apabila mereka diserang ketika sedang menjalankan tugas mengawal keselamatan guru dan orang ramai di sini hari ini. 

Kejadian berlaku pada jam 7 pagi di jalan utama Pattani-Narathiwat di Kampong Trakborn, Saiburi Pattani, menurut pihak berkuasa.

Ketua polis daerah Saiburi Pol. Col. Panya Karawanan berkata kedua-dua mereka ditembak di bahagian kepala dan tubuh dengan senjata M16 dan .9mm oleh lelaki yang berada di dalam kereta.

Polis menemui lebih 20 kelongsong peluru M16 dan .9mm ketika melakukan siasatan.

Kejadian itu mengagalkan percubaaan suspek menanam bom di tempat berhampiran.

Polis percaya suspek membawa bom untuk ditanam di atas jalan di kawasan berhampiran kerana 100 meter dari tempat kejadian terdapat satu lubang yang telah digali.

Berikutan kejadian, 100 pegawai keselamatan dikerah untuk mengepung kawasan jarak satu kilometer dari tempat kejadian. - Bernama

No comments:

Post a Comment