Wednesday 14 May 2014

Anwar terlibat dalam kemalangan kecil, retak tangan


Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlibat dalam satu kemalangan kecil pada malam Selasa.


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas pada jam 10 malam tadi.

Menurut Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan, Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.

Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berada dalam keadaan selamat.

Kedua-dua Anwar dan Dr Wan Azizah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan.

- ASTRO  Awani 

No comments:

Post a Comment