Band Rock AC/DC
SYDNEY: Dengan Malcolm Young 'bercuti' dari band AC/DC kerana sakit, band yang berasal dari Australia ini tidak perlu bersusah payah untuk mencari pengganti.
Kembali pada tahun 1988, anak saudara Malcolm, Stevie Young mengisi tempatnya ketika siri jelajah 'Blow Up Your Video'. Kini, 25 tahun kemudian, Stevie Young mungkin kembali mengisi tempat bapa saudaranya sekali lagi.
Ultimate Classic Rock melaporkan peminat band tersebut yang mendakwa Stevie Young bersama AC/DC berada di Vancouver, Kanada. Anggota band tersebut kini berada di Vancouver untuk merakamkan album studi ke-16 mereka bersama penerbit, Brendan O' Brien.
Adakah perkara ini benar? Apakah Stevie Young berada di Vancouver untuk bersama AC/DC merakam album baru atau untuk sebab yang lain? Semua menjadi tanda tanya. Apa yang kita tahu, Malcolm Young tidak akan bersama AC/DC atas sebab kesihatan dan band tersebut telah mengeluarkan kenyataan baru-baru ini.
"Selepas empat puluh tahun hidup didedikasi untuk AC/DC, pengasas dan pemain gitar, Malcolm Young kini berehat dari band atas sebab kesihatan. Malcolm ingin merakamkan penghargaan kepada peminat tegar AC/DC di seluruh dunia, untuk sokongan dan cinta mereka yang tidak berkesudahan. AC/DC akan terus menghasilkan musik"
Dalam tahun 80-an Stevie Young adalah anggota band Starfighters, dan juga menganggotai band lain tahun-tahun berikutnya. Akhir-akhir ini Stevie Young menyertai trio blues yang dikenali sebagai Blue Murda.
Video pada tahun 1988, AC/DC bersama Stevie Young mempersembahkan ‘For Those About To Rock’.
- Astro Awani
No comments:
Post a Comment