Tuesday 28 January 2014

Shalwati dituduh pukul anak beberapa kali - Peguam

STOCKHOLM: Peguam yang telah dilantik oleh pihak mahkamah untuk mewakili Shalwati Nurshal, Kristofer Stahre menerangkan bahawa Shalwati sebenarnya dituduh memukul anaknya beberapa kali dalam sesuatu tempoh.

Stahre menambah, Shalwati tidak mungkin ditahan sekiranya insiden ini berlaku hanya sekali.

Stahre juga menjelaskan kepada Astro AWANI bahawa Shalwati berdepan dengan dua kes yang berbeza iaitu kes jenayah dan kes hak penjagaan sebagai seorang ibu.

Stahre turut menjangka dua senario yang berbeza iaitu samada tempoh reman dilanjutkan atau Shalwati dibebaskan namun ia masih belum bermakna beliau boleh bertemu dengan anak-anaknya.

Stahre bagaimanapun percaya bahawa ada kemungkinan mahkamah akan mempertimbangkan isu percanggahan budaya antara Malaysia dan Sweden.

Shalwati menurut Stahre ditahan kerana pihak berkuasa percaya ada risiko beliau akan lari dari Sweden dan ia akan mengganggu bukti serta kemungkinan beliau akan meneruskan kesalahan.

Stahre juga memberitahu bahawa beliau dijadualkan bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin pada 29 Januari di kedutaan Malaysia di Stockholm.

Kes Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin akan didengar pada 30 Januari ini.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment