Selfie atau merakam gambar diri sendiri bukanlah perkara yang baru. Namun, tahun 2013 merupakan tahun Selfie kerana perkataan itu pun menjadi ‘Word of the Year’ oleh Kamus Oxford.
Menurut Judy Pearsall dari Oxford Dictionaries, perkataan Selfie digunakan buat pertama kali pada tahun 2002 di dalam forum online di Australia, dan hashtag #Selfie digunakan pada tahun 2004 di dalam Flickr.
Namun perkataan itu mula menjadi trending pada tahun 2012 dan tahun ini seperti 'demam' Selfie. Pengguna Instagram, yang berstatus selebriti dan bukan, terus memuat naik gambar Selfiemereka di rumah, pejabat, kafe, bersama rakan-rakan dan dimana sahaja. Malah, pemimpin kenamaan dunia juga sudah mula merakam gambar diri sendiri.
Pada bulan Ogos, sekumpulan remaja bergambar bersama Pope Francis di Vatican, menjadikan ia sebagai Selfiepertama oleh seorang Pope.
Pada awal bulan December tahun ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Perdana Menteri Britain David Cameron dan Perdana Menteri Denmark Helle Thorning Schmidt merakam foto ala Selfie pada upacara memperingati mediang Nelson Mandela. Walaupun mereka bersahaja, namun aksi mereka dikecam dalam media social seolah tidak menghormati majlis.
“Pada ketika itu, saya berpendapat bahawa pemimpin dunia ini menjadi seperti manusia biasa – seperti anda dan saya. Bagi saya, tiada salah untuk tokoh dunia ini merakam Selfie,” kata jurugambar AFP Roberto Schmidt yang merakam gambar Obama, Cameron dan Schmidt.
Selain tokoh dunia, selebriti Hollywood juga kerap merakam Selfie seperti Kim Kardashian, Kendall Jenner, Rihanna dan Miley Cyrus.
Selebriti lelaki seperti James Franco, Nick Jonas, Adam Lambert dan Ryan Seacrest juga penggemar Selfie.
Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan untuk kongsi Selfie mereka bersama para peminat. Lihat sahaja aksi Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Amy Search, Nabila Huda dan Zizan Razak:
Menurut Yahoo, pada tahun 2014, 880 bilion gambar bakal dirakam dan kebanyakan ia dijangka adalah Selfie.
Sumber: ASTRO Awani

No comments:
Post a Comment