Wednesday 18 December 2013

KL Gangster 2, The Conjuring paling hangat tahun 2013


KUALA LUMPUR:  Filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2 merupakan filem paling popular diperkatakan pada tahun 2013.

Kedudukan teratas filem lakonan Aaron Aziz, Adi Putra, ZIzan Razak itu sememangnya sudah dijangkakan.

Selain filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ini, keseluruhan filem tersebut telah tersebar di laman sosial sebulan sebelum ia ditayangkan.

Kekecohan tersebut telah menyebabkan pengarahnya, Syamsul merajuk dengan industri perfileman tempatan.

Filem tersebut mengumpul RM4.96 juta di pawagam sewaktu ditayangkan.

Mengekori rapat adalah filem realiti seram Highland Tower, yang mengambil latar tragedi Highland Towers.

Mengejutkan apabila filem Psiko Pencuri Hati berada di kedudukan ketiga, lebih-lebih lagi apabila kutipan filem tersebut tidaklah begitu memberangsangkan.

Filem arahan Nam Ron itu dibintangi Syed Hussein, Sharifah Amani, Amerul Affendi dan ramai lagi.
Filem-filem lain yang turut tersenarai adalah Vikingdom, Juvana, Bikers Kental, Adnan Sempit 3, KL Zombie, Langgar dan Gangster Celop.

Senarai tahunan Zietgeist diumumkan oleh Google hari ini, dengan melihat tahun 2013 menerusi pencarian yang dilakukan oleh pengguna laman web di seluruh dunia.

Malaysian Movies (Trending)
1. KL Gangster 2
2. Highland Tower
3. Psiko Pencuri Hati
4. Vikingdom
5. Juvana
6. Bikers Kental
7. Adnan Sempit 3
8. KL Zombie
9. Langgar
10. Gangster Celop

Sementara itu, filem arahan James Wan iaitu The Conjuring merupakan filem luar paling hangat dicari di Google.

Tidak mengejutkan apabila filem seram itu berada di kedudukan teratas apabila sentiasa menjadi topic perbincangan hangat di laman sosial Twitter.

Lebih-lebih lagi, filem tersebut merupakan arahan anak Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat.
Turut mendapat perhatian adalah filem animasi Despicable Me 2, Pacific Rim, Man of Steel, Iron Man 3, Insidious 2 dan After Earth.

Berikut merupakan senarai lengkap filem antarabangsa yang mendapat carian terbanyak Google tahun ini. Klik Galeri Foto untuk kategori lengkap tahunan Zietgeist tahun ini.

Movies (Trending)
1. The Conjuring
2. Despicable Me 2
3. Pacific Rim
4. Man of Steel
5. KL Gangster 2
6. Iron Man 3
7. Insidious 2
8. Highland Tower
9. Singam 2
10. After Earth

No comments:

Post a Comment