Wednesday 18 September 2013

Lelaki vs wanita: Siapa lebih mahir



Tahukah anda yang wanita didapati lebih mahir melabur apabila dibandingkan dengan kaum lelaki? Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh firma Rothstein Kass menunjukkan bahawa wanita sering mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada lelaki. 

Guru pelaburan; Warren Buffett dikenali kerana sering mendapat keuntungan daripada pelaburan beliau. Beliau dikatakan melabur seperti seorang perempuan dalam buku ‘Warren Buffett Invests Like A Girl and Why You Should Too’ oleh penulis Louann Lofton.

Lihatlah ciri-ciri utama yang merupakan sebab kenapa wanita mendapat keuntungan yang berlipat ganda berbanding lelaki:


Penyabar


Seorang wanita yang sabar melihat pelaburan sebagai sesuatu yang dilakukan untuk jangka masa lama. Oleh sebab wanita pentingkan perasaan, mereka sedar yang ia adalah penting untuk mengawal perasaan sebelum melakukan suatu pelaburan dan tidak bertindak melulu. Apabila mereka sedar apa yang mendorong pelaburan mereka, kaum wanita akan melabur selepas membuat kajian yang mendalam tentang syarikat atau produk yang bakal dilaburkan itu.



Realistik


Wanita juga berfikiran realistik apabila mereka fikirkan wang yang bakal dilaburkan itu. Seperti yang dikatakan, pelabur wanita melihat jauh dan inginkan keuntungan setiap kali melabur. Kaum lelaki sering mempunyai keyakinan diri yang lebih menonjol dan kadang-kala akan membuat keputusan secara terburu-buru ketika melabur. Sikap
ego lelaki juga boleh menjadi punca kerugian ketika melabur.


Berhati-hati


Setiap kali melabur, seorang wanita tidak ingin rugi banyak dan mencari pelaburan yang terbaik untuk melabur. Maka, risiko yang diambil adalah sering rendah ataupun lebih rendah daripada seorang pelabur lelaki. Pelabur lelaki yang berani mengambil risiko tanpa berfikir panjang mungkin akan rugi lebih banyak dalam jangka masa yang pendek. 

Walaupun ciri-ciri ini menjadi sebab utama pelabur wanita merai keuntungan yang lebih banyak, sikap kaum lelaki yang suka ambil risiko dan yakin juga boleh dipelajari wanita. Jadi, ia adalah penting untuk lebih ramai wanita bertindak dan berkeyakian untuk mula membuat pelaburan. 


Sumber

No comments:

Post a Comment