Sunday 1 September 2013

WeChat menjadi pilihan ramai di Malaysia



WeChat

 
WeChat telah menduduki tangga pertama selama enam minggu berturut-turut di takhta aplikasi sosial mudah alih yang paling banyak dimuat turun di Google Play dan App Store di Malaysia.

Setakat ini, ianay telah mencapai kadar penggunaan sebanyak 60% daripada jumlah telefon pintar di negara ini.

“WeChat bukan sahaja aplikasi mesej yang membolehkan kawan sama kawan berkomunikasi diantara satu sama lain, ianya juga membolehkan jenama-jenama besar tempatan berinteraksi terus dengan pelanggan mereka tanpa menggunakan medium yang lain. Kami mempunyai SDK dan API yang boleh digunakan oleh pembangun untuk membangunkan app dengan WeChat.

"Kami di WeChat ingin membina ekosistem yang unik, di mana pelanggan kami boleh melakukan apa sahaja – di dalam satu aplikasi sahaja,” kata Poshu Yeung, Timbalan Presiden, Tencent International Business.

DI Malaysia, WeChat telah bekerjasama dengan jenama seperti Dominos Pizza dan juga melibatkan Lisa Surihani dan juga Shaheizy Sam sebagai duta mereka.

Ini memberikan WeChat kredibiliti apabila berinteraksi bersama orang awan dan juga syarikat-syarikat yang ingin bekerjasama dengan mereka.


Sumber

No comments:

Post a Comment