Wednesday 4 December 2013

Sut kuning Bruce Lee dilelong



KUALA LUMPUR: Sut kuning terkenal yang dipakai pelakon Kung Fu terkenal , Bruce Lee akan di jual dalam satu sesi lelongan di Hong Kong Khamis ini.

Lelongan dijangka mampu mencapai harga setinggi 250 ribu hingga 300 ribu dolar Hong Kong.

Sut kuning berjalur hitam tersebut didakwa asli sebagaimana yang dipakainya dalam filem terbitan 1972 berjudul 'Game of Death'.

Menurut rumah lelongan Spink, sut berkenaan diberikan Bruce Lee kepada rakan yang juga bekas anak muridnya, Taky Kimura, yang kemudian menjual sut tersebut kepada seorang pengumpul.

Pengumpul tersebut kemudiannya memutuskan untuk menjual sut tersebut tahun ini, sempena ulangtahun ke-40 kematian legenda itu.

Bagaimanapun menurut salah seorang peminat Bruce Lee, ketulenan sut tersebut diragui.

Ini kerana tidak terdapat sebarang pengesahan ketulenan disertakan bersama.

Sut tersebut adalah sebahagian daripada 14 barangan berharga yang akan dilelong dalam majlis lelongan berkenaan.

ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment