Friday 20 December 2013

Malaysia melonjak ke tangga 154 ranking FIFA


Skuad bolasepak Malaysia di bawah bimbingan Ong Kim Swee - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR:  Skuad bola sepak negara menutup kalendar 2013 dengan peningkatan dalam kedudukan ranking bola sepak dunia selepas apabila menghuni tangga ke-154.


Ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini menunjukkan skuad negara naik empat anak tangga berbanding kedudukan ke-158 bulan lepas.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 disusuli 159 pada Februari, 164 (Mac), 163 (April), 161 (Mei) selain kekal pada kedudukan ke-159 dunia pada Jun dan Julai, Ogos (162), September (161) dan Oktober (160).

Kedudukan terbaru itu menyaksikan Malaysia berkongsi tempat bersama tiga negara lain iaitu Liechtenstein, Puerto Rico dan India.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia bagaimanapun turun dua anak tangga ke kedudukan ketujuh di belakang Filipina (127), Myanmar (130), Vietnam (144), Thailand (146), Singapura (150) dan Laos (152).

Di peringkat Asia, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan ke-30 daripada 46 negara.

Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,507 mata manakala Jerman dan Argentina masingmasing mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga terbaik dunia.

Jerman dan Agentina masing-masing mengumpul 1,318 mata dan 1,251 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara.

Bernama

No comments:

Post a Comment