Friday 22 November 2013

Server Ping Busuk alami gangguan lagi

Bagi anda yang gemar memulakan hari anda dengan membaca himpunan berita terbaru dan hiburan di Ping Busuk, pagi anda pasti sepi dengan ketiadaan laman ini di talian.

Laman ini telah mengalami beberapa gangguan dimasa lalu tapi kali ini ia agak membimbangkan kerana jangkamasa 'down' yang lebih lama, di tambah pula ia berlaku dua hari berturut-turut.

Server Ping Busuk mengalami gangguan pertama awal pagi kelmarin (21-11-2013) yang kemudiannya  pulih pada kira-kira pukul 3.00 petang.

Pagi ini, sekali lagi laman ini tidak dapat di akses, yang berkemungkinannya mengalami masalah serupa.

Laman ini merupakan sumber bacaan untuk saya. Diharapkan pihak admin dapat menyelesaikan apa juga masalah yang sedang dihadapi agar pelawat dan pembaca dapat mengaksesnya kembali seperti sediakala.

Good luck, ping busyukkkk!

No comments:

Post a Comment