Wednesday 13 November 2013

Sepasang kekasih dengan pil ecstasy

Polis tahan sepasang kekasih, rampas pil ecstasy

JOHOR BAHRU:  Polis merampas 324 pil ecstasy bernilai RM6,480 hasil penahanan sepasang kekasih di sebuah rumah dua tingkat di Taman Gemilang, Kulai di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah hari itu, polis turut merampas dadah jenis ketamine seberat 11.28 gram bernilai RM165 dan syabu seberat 1.42 gram.

"Dadah jenis syabu itu dipercayai untuk edaran pasaran tempatan dan dijual pada harga RM50 setiap 0.1 gram," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.

Zulkefly berkata hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek berumur 46 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine dan ketamine.

Pasangan kekasih yang tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah itu kini direman sehingga 15 Nov ini, katanya.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment