Tuesday 1 October 2013

Operasi kerajaan Amerika Syarikat ditutup

Operasi kerajaan Amerika Syarikat ditutup

WASHINGTON DC:  Operasi  kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan secara rasmi selepas Kongres menolak rancangan pelan kesihatan yang dibawa pentadbiran presiden Barack Obama.

Ia pertama kali berlaku dalam tempoh 17 tahun.

Dewan Senat yang diketuai Demokrat enggan menyokong cadangan Dewan Rendah yang diketuai Republikan dengan undian 54 menolak 46 menyokong.

Dewan Rendah pada Jumaat menyertakan pindaan bersama bajet yang diluluskan Senat meminta agar perlaksanaan pelan kesihatan Obama ditunda untuk tempoh setahun.

Perkembangan yang berlaku menyebabkan kakitangan kerajaan persekutuan terpaksa menghentikan kerja mereka kecuali untuk beberapa sektor kritikal.

Perkhidmatan seperti kawalan sempadan, pemeriksaan daging dan trafik udara akan kekal beroperasi namun, pengeluaran pasport akan tergendala.

Dalam meraih sokongan pentadbiran Barack Obama sebelum ini berusaha untuk memujuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana membeli skim insurans kesihatan baru yang disubsidi kerajaan.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment