Monday 14 October 2013

91 maut dalam insiden rempuhan

91 maut dalam insiden rempuhan

KUALA LUMPUR:  Sekurang-kurangnya 91 maut dalam insiden rempuhan membabitkan penganut Hindu di Tengah India.

Kejadian berlaku ketika ribuan penganut agama itu melalui jambatan merentasi Sungai Sindh untuk ke sebuah kuil.

Antara yang terbunuh termasuk 17 kanak kanak dan 31 wanita. Lebih seratus lagi cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Ketika pihak berkuasa cuba meleraikan orang ramai yang panik, salah seorang anggotanya parah selepas terkena lontaran batu.

Pemimpin parti kongres, Sonia Gandhi terkejut dan melahirkan rasa sedih sebaik menerima berita kejadian.

Lebih 500,000 penganut hindu berkumpul di kuil berkenaan yang terletak di Kampung Ratangarh, Wilayah Madhya Pradesh di Datia sempena hari terakhir Festival Navaratri.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment