Saturday 28 September 2013

White Widow diburu

Samantha Lewthwaite
Samantha Lewthwaite


LONDON - Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang wanita warga British yang digelar White Widow dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di pusat beli-belah di Kenya.

Jurucakap Interpol berkata, Samantha Lewthwaite, 29, ialah isteri kepada Germaine Lindsay, salah seorang daripada empat suspek pengebom nekad yang menyerang rangkaian pengangkutan awam di London pada Julai 2005 sehingga mengorbankan 52 orang.

“’Notis merah’ itu dikeluarkan atas permintaan pihak keselamatan Kenya dengan melabelkan beliau sebagai individu paling dikehendaki.

Difahamkan, laporan dipetik dari AP beliau juga dikatakan terbabit dalam memiliki bahan letupan dan konspirasi dalam beberapa serangan bom di Kenya mulai Disember 2011.

Menurutnya, bagaimanapun, notis Interpol itu tidak menyebut sama ada Lewthwaite terbabit dalam kejadian menawan kompleks beli-belah di Nairobi .


Sumber

No comments:

Post a Comment