Wednesday 11 September 2013

Tun M: Kerajaan tidak pernah beri IC kepada warga asing di Sabah


Kerajaan tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah melalui cara yang tidak sah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah bahawa hanya mereka yang layak sahaja diberikan taraf kewarganegaraan.

Dalam penjelasannya selama 90 minit, Dr Mahathir yang merupakan saksi ke 209 berkata seseorang warga asing itu perlu memenuhi beberapa kriteria sebelum layak dianugerahkan kewarganegaraan.

Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah seseorang warga asing itu perlu tinggal beberapa tahun di Malaysia, menggunakan bahasa kebangsaan dan menjiwai budaya negara.

Dr mahathir pada masa sama percaya pengeluaran kad pengenalan dibuat secara tidak sah oleh pegawai berpangkat rendah.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment