Monday 9 September 2013

Suami isteri warga Jepun maut terkena renjatan elektrik

Suami isteri warga Jepun maut terkena renjatan elektrik

Sepasang suami isteri warga Jepun maut selepas disyaki terkena renjatan elektrik di dalam bilik mandi rumah mereka di Kondominium Sri Bayu Mont Kiara pagi tadi.

Kejadian disedari kira-kira jam 10 pagi oleh seorang pengemas bilik yang terkejut dengan penemuan mangsa lelaki yang dalam keadaan bogel.

Dia kemudiannya menghubungi pihak polis.

Pemeriksaan polis menemui seorang lelaki tanpa pakaian di dalam tab mandi manakala isterinya yang berpakaian baju tidur terlentang berdekatan mangsa. Kedua-duanya disahkan tidak bernyawa.

Mangsa lelaki itu dikatakan masih memegang pili air ketika ditemui dan ada kesan lecur di mukanya manakala isterinya pula turut maut dipercayai ketika cuba menyelamatkan mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, siasatan awal polis percaya kejadian mempunyai kaitan dengan litar pintas.

Kedua-dua mayat mangsa yang berumur 38 tahun itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber polis, pasangan itu mempunyai seorang anak berusia enam bulan dan mangsa lelaki dikatakan bekerja di sebuah kilang Jepun di Shah Alam, Selangor.

No comments:

Post a Comment