Thursday 12 September 2013

Selena masih menangis kerana Justin!


Percayalah memang sukar melupakan cinta pertama (biarpun ini mungkin cinta keberapa entah untuk Selena Gomez), tidak kisahlah anda orang biasa atau selebriti.
Baru-baru ini penyanyi hangat berusia 21 tahun itu kantoi menangis atas pentas semasa persembahan beliau di Hammersmith Apollo di London.
Selena sedang menyanyikan lagu bertajuk Love Will Remember dan terus sebak. Lagu tersebut difahamkan berkaitan dengan kisah cinta beliau bersama gangster kecil Justin Bieber, namun kami tidak sangka Selena masih memendam rasa.
Tidak mengapalah, Selena, awak itu cantik, tidak perlulah bersedih sangat tentang Justin. Ramai lagi yang menunggu di luar sana.

- MyLaunchpad 

No comments:

Post a Comment