Wednesday 25 September 2013

Permohonan Wan Nor Azlin ditolak

Permohonan Wan Nor Azlin ditolak
Pelakon, Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin memberi kenyataan berhubung isu melibatkan penjualan rumah. - Foto oleh: Rosli Talib

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah semalam meluluskan bantahan awal bapa aktres terhadap permohonan harta sepencarian yang dikemukakan oleh Wan Nor Azlin bagi pihak ibunya yang telah meninggal dunia.

Hakim, Mohamed Fouzi Mokhtar dalam keputusannya berkata, tuntutan Wan Norazlin Wan Mohd Hussin tidak munasabah dan wanita itu tiada hak di sisi undang-undang. Mahkamah juga memerintahkan kes yang difailkan sebelum ini dibatalkan serta kos guaman ditanggung oleh Wan Norazlin.

Wan Nor Azlin, 45, diwakili peguamnya, Mahyuddin Md Zahari, sebelum ini memfailkan injunksi terhadap bapanya, Wan Mohd Husin Wan Ibrahim, 76, daripada menjual sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Wan Mohd Husin, yang ditemani peguamnya, Roshdan Sujak Rafie, ditemui selepas prosiding berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah.

“Saya tiada duit. Sejak jual rumah saya hidup merata-rata,” katanya ringkas.

Sementara itu, di lobi mahkamah, Wan Nor Azlin akan mempertimbangkan untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Saya mahu duit saya kembali. Itu sahaja,” katanya.


- Sinar Harian

No comments:

Post a Comment