Wednesday 4 September 2013

Nelayan ditemui rentung

Seorang nelayan ditemui rentung dalam sebuah bot yang terbakar di Kuala Kemaman malam tadi.

Mangsa dikenali Hussin Mamat, 69 tahun dari Kampung Nyior, Kemaman dikatakan baru pulang dari mencandat sotong.

Kejadian disedari orang ramai yang melihat bot itu terbakar dan hanyut sebelum terdampar di Benteng Pasir Pulau Tok Mun.

Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba ditempat kejadian selepas menerima panggilan kira kira jam 10.45 malam.

Api merebak dengan pantas dari bahagian belakang bot namun gagal dikawal.

Walaubagaimanapun, pihak bomba yang menggunakan bot penyelamat menghampiri bot mangsa dan berjaya memadamkan api dalam tempoh lima minit.

Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada jenerator bot tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.


- Astro Awani, Sept., 3

No comments:

Post a Comment