Saturday 17 August 2013

UM dalam kedudukan 500 terbaik dunia

KUALA LUMPUR:  Universiti Malaya (UM) menjadi satu-satunya universiti tempatan yang  tersenarai dalam kedudukan lima ratus universiti terbaik di dunia. Ia berdasarkan laporan Times Higher Education World University Rankings.

UM disenaraikan antara empat ratus hingga lima ratus dalam senarai yang baru dikeluarkan.

Tiada universiti dari Asia yang berjaya menembusi kedudukan dua puluh teratas setelah kedudukan Universiti Tokyo  diambil alih oleh Swiss Federal Institute of Technology Zurich di tangga ke dua puluh.

Senarai tersebut juga menyaksikan Jepun menjadi satu-satunya negara di Asia yang berjaya berada di kelompok seratus terbaik.

Kedudukan sepuluh terbaik tidak menyaksikan banyak perubahan kedudukan dengan Universiti Harvard mengungguli carta  dan Universiti Cambridge di tempat kelima, manakala Universiti Oxford di tempat ke sepuluh. - Astro Awani 

No comments:

Post a Comment