Thursday 22 August 2013

Rumah mayat Zeinhom saksi tragedi Mesir

Rumah mayat Zeinhom saksi tragedi Mesir

KAHERAH:  Di luar sebuah rumah mayat di ibu kota Mesir ini seorang wanita berbincang dengan kedua ibu bapanya. Ibunya tidak menerima sekujur mayat yang sedang mereput di depan mereka adalah anak lelakinya. Tetapi ayahnya bertegas itu anak mereka.

"Apa jadi? Kenapa tidak ada sesiapa yang menuntut mayat ini," jerit seorang lelaki dengan topeng muka yang biasa dipakai di hospital tergantung dekat mulutnya.

"Keluarga ini tidak boleh buat keputusan," balas seorang lelaki lain.

"Ayahnya kata itu anak mereka tetapi ibunya tidak percaya."

Seorang wanita berpakaian serba hitam dan bertudung memeluk erat gambar seorang lelaki setuju untuk cuba mengenal pasti mayat itu.

"Saya anak perempuannya," kata wanita itu. Dia pada awalnya teragak-agak untuk menatap wajah mayat yang berbalut kain putih yang terbujur dalam keranda.

Kawanan lalat menghurung keranda itu; sesetengahnya hinggap di atas ketulan ais yang diletakkan di atas mayat itu guna untuk melambatkan ia reput.

"Apakah dia ada tanda dekat matanya?" tanya wanita itu kepada kumpulan lelaki yang berdiri dekat mayat itu. Dia sedaya upaya cuba untuk tidak menatap mayat itu.

Sesetengah daripada mereka menjawab ya, sesetengah yang lain mengatakan tidak. Kain yang menutupi mayat itu pun dibuka menunjukkan wajah yang gelap dan berbeza tetapi adalah wajah lelaki yang sama dalam foto itu.

Perempuan muda itu terkejut dan berundur kembali kepada sanak saudara yang menunggu di laman di luar rumah mayat Zeinhom tempat mayat-mayat melimpah melebihi muatan.

Sampah berlonggok di bucu bangunan dan lantainya sudah bertukar jadi lecah. Sebuah keranda kosong yang disandarkan di dinding jatuh tiba-tiba mengejutkan kawanan lalat yang bingkas terbang.

Hampir 600 orang terbunuh pada Rabu lepas di serata Mesir dalam keganasan selepas pihak berkuasa memaksa penunjuk perasaan yang berkhemah di dua tempat di Kaherah bubar.


- AFP

No comments:

Post a Comment