Thursday, 11 July 2013

Siti bakal rakam album, lancar koleksi tudung

Siti bakal rakam album, lancar koleksi tudung

KUALA LUMPUR: Jadual penyanyi dan pengacara, Datuk Siti Nurhaliza sepanjang Ramadhan nanti dijangka padat dengan proses rakaman album terbaru dan pelancaran jenama tudung “Siti Scarf”.

Album terbarunya juga dikatakan masih berkonsepkan pop mengikuti permintaan semasa.

“Bagi saya, muzik berkonsepkan pop senang diterima oleh semua golongan, maka ini membuatkan saya percaya bahawa album terbaru ini akan diterima baik para peminat di seluruh negara,” kata Siti dengan teruja.

Siti juga dikatakan akan bekerjasama dengan beberapa komposer tempatan dan Indonesia selain sudah mula mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk pelancaran "Siti Scarf" tidak lama lagi.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan itu untuk melancarkan "Siti Scarf" kepada umum dan memperkenalkan gaya fesyen yang dipilih oleh saya sendiri,” tambahnya.

Menjelang Ramadan, penyanyi lagu “Biarlah Rahsia” ini bakal melancarkan koleksi tudung jenamanya sendiri.



Sumber: Astro Awani | Julai 10, 2013

No comments:

Post a Comment