Saturday, 13 July 2013
Kapal terbang Boeing terbakar
KUALA LUMPUR: Lapangan terbang Heathrow London terpaksa menggantung semua penerbangan masuk dan keluar apabila sebuah kapal terbang Boeing 787 Dreamliner terbakar.
Kejadian menyebabkan pihak berkuasa lapangan terbang menutup kedua-dua landasan utamanya.
Dalam tweeternya, pihak lapangan terbang memberitahu ketika kejadian pesawat Ethiopian Airlines berkenaan kosong.
Polis metropolitan pula menyatakan pihaknya sedang menyiasat punca kebakaran.
Insiden berkenaan dikatakan memberikan tekanan kepada Boeing, pengeluar pesawat Dreamliner.
Awal tahun ini, operasi kapal terbang dreamliner terpaksa ditangguhkan selama tiga bulan akibat masalah bateri.
Ekoran insiden berkenaan saham Boeing jatuh lebih 1.3 peratus.
- Astro Awani
Labels:
In the News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment