Sunday 12 May 2013

Penembak bermotosikal: 10 das tembakan dilepaskan

KULIM: Dua hari selepas kejadian tembak mati seorang penarik kereta di Taman Setia Jaya, Alor Setar, satu lagi kejadian tembak berlaku di negeri itu malam tadi.

Namun kali ini, sepuluh das tembakan dilepaskan terhadap mangsa di persimpangan lampu isyarat, Taman Kuchai, Lunas, Kulim, Kedah.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, ACP Mohd Nashir Ya, kejadian yang berlaku kira-kira 8.45 malam itu mangsa Tagarajah a/l Krisnan, 31, dipercayai diekori dua suspek yang menaiki motosikal sebaik keluar daripada rumahnya di taman perak, lunas kulim.

Namun sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat simpang tiga jalan paya besar mangsa yang memberhentikan kenderaan ekoran lampu merah bagaimanapun secara tiba-tiba dihampiri dari cermin sebelah kanan pemandu dan suspek yang membonceng motosikal secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan.

Mangsa bagaimanapun sempat bertindak memecut kenderaan namun kenderaan mangsa terbabas di bahu jalan ekoran suspek menembak berulangkali sehingga mangsa tersemban di dalam kereta.

“ Kita percayai berdasarkan kepada keterangan yang kita dapat lebih kurang sepuluh das berdasarkan kepada kelongsong yang kita kesan di tempat kejadian....kita belum pasti pasal keadaan mangsa telengkup tak pasti kena bahagian mana, pasal sukar kita nak ni...kecuali ada pihak pathology dan sebagainya, so kita akan tentukan tempat mana kesan tembakan tu di badan, kita kena buat post morterm lagi,” kata Nashir pada sidang media.

Pihak polis yang tiba sejurus menerima laporan kejadian berjaya menemui kenderaan mangsa jenis produa alza berwarna silver tersadai di bahu jalan di persimpangan lampu isyarat dengan keadaan enjin masih hidup dan badan mangsa berlumuran darah.

Tambahnya lagi, hasil semakan pihak polis mangsa mempunyai tujuh rekod jenayah lampau serta di buang daerah.

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori besi buruk itu, berkemungkinan dikenali suspek, bagaimanapun polis akan menyiasat kejadian ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Dalam pada itu, Beliau juga menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.

Mayat mangsa bagaimanapun dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.



Sumber: Astro Awani, Mei 12, 2013

No comments:

Post a Comment