PM Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia hari ini dijangka akan mengumumkan berita gembira tentang kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam 2013. Para penjawat awam sedang menanti berita gembira yang telah acap kali dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada kakitangan awam di Putrajaya hari ini. Terdapat desas desus mengatakan bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan kenaikan gaji dan elaun kepada kakitangan awam.
”Apa sahaja keputusan Perdana Menteri biarlah menjadi penyuntik semangat dan melegakan kakitangan awam.
”Saya percaya mereka juga telah lama menanti khabar selepas pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) September lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun di sini hari ini.Omar mengulas harapan CUEPACS terhadap pengumuman yang dinanti-nantikan oleh kakitangan awam melibatkan tuntutan yang dikemukakan oleh kesatuan itu sepanjang tahun lalu.
Antaranya membabitkan kadar kenaikan elaun tetap dan elaun perumahan, semakan kenaikan gaji maksimum, kenaikan gred dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA.
”Adalah penting tuntutan-tuntutan itu dipenuhi kerana perkara tersebut merupakan antara pemangkin dalam memastikan kakitangan awam menjalankan tugas secara lebih gigih dan berintegriti,” katanya. - BHARIAN
via akupunyalah
No comments:
Post a Comment