Friday, 18 January 2013

Hina monarki, pelawak dipenjara 2 tahun

Hidup akan lebih aman jika kita mematuhi undang-undang. Kalau tidak, bala pasti menimpa suatu hari nanti:-

BANGKOK: Mahkamah Thailand menjatuhi seorang pelawak yang juga penyokong tegar 'Baju Merah' kepada hukuman penjara dua tahun pada Khamis kerana menghina monarki dalam satu ucapan pada perhimpunan 2010, kata peguamnya.

Yosawaris Chuklom, 54, yang menggunakan nama pentas Jeng Dokchik, didapati bersalah dibawah udang-undang lese-majeste Thailand, yang boleh menghukum sesiapa sahaja yang disabit kesalahan menghina raja, permaisuri atau waris sehingga penjara 15 tahun.

Pelawak itu yang juga berdepan tuduhan pengganas berasingan untuk peranannya dalam tunjuk perasaan Baju Merah pada 2010 di sini, yang menyaksikan kehilangan banyak nyawa, memohon jaminan sementara merayu keputusan itu, kata peguamnya, Thamrong Lakdaen.

"Pada mulanya dia dihukum penjara tiga tahun tapi hakim mengurangkan hukuman kepada dua tahun disebabkan oleh keterangan yang diberinya," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment