Tuesday 18 December 2012

Rosmah lancar kapal `Gagah Samudera'

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menamakan dan melancarkan kapal latihan baharu 'Gagah Samudera' milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di limbungan milik syarikat pembinaan kapal tempatan, NGV Tech Sdn Bhd di Kampung Sijangkang di Kuala Langat.


Megah berdiri!




Sumber foto: klpost


Turut hadir menyaksikan upacara itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Pengerusi Eksekutif NGV Tech Datuk Zulkifli Shariff.

KD Gagah Samudera adalah satu daripada dua buah kapal latihan yang panjangnya 75.9 meter.

Ia direka bentuk dengan kerjasama NGV Tech dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering dari Korea Selatan. - Bernama


Sumber: BH
 

No comments:

Post a Comment