Monday, 13 April 2015

Pesawat mendarat cemas terima ancaman bom

Gambar fail - Foto AFP

COLOGNE - JERMAN. Pesawat Germanwings yang dalam perjalanan dari Jerman ke Itali terpaksa mendarat cemas selepas menerima ancaman bom, semalam.

Jurucakap Germanwings dalam satu kenyataan berkata, juruterbang penerbangan 4U 826 ke Milan terpaksa mendaratkan pesawat tersebut selepas menerima panggilan dari menara kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Cologne. 

"Ancaman bom tersebut diterima oleh pihak polis dan selepas mendarat penumpang dan anak kapal diarah mengosongkan pesawat," katanya dipetik Reuters

Tambah Germanwings, pemeriksaan terhadap bagasi yang terdapat dalam pesawat tidak menjumpai sebarang bom

Jurucakap Lapangan Terbang Cologne tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang pengesahan.

Seramai 126 penumpang dan enam anak kapal berada dalam pesawat berkenaan dan kesemua penumpang kemudiannya diterbangkan ke Milan dengan pesawat lain.

Germanwings, penerbangan tambang murah milik syarikat Lufthansa menjadi perhatian dunia selepas sebuah pesawatnya merempuh banjaran pergunungan Alps di Perancis dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf dan membunuh kesemua 150 penumpang dan kru.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment