Sunday, 8 June 2014

Mayat reput yang ditemui di Pulau Tioman disahkan sebagai Gareth Huntley

Polis mengesahkan mayat yang ditemui di Pulau Tioman ialah Gareth Huntley


KUANTAN: Mayat reput yang ditemui di berhampiran sebuah chalet di Kampung Juara, Pulau Tioman pada Rabu lalu telah dikenalpasti sebagai Gareth Huntley, seorang warga Britain yang dilaporkan hilang pada 27 Mei lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan identiti mangsa selepas sampel darah yang diambil daripada ibu mangsa, Janet Southwell berpadanan dengan sampel DNA Gareth.

“Padanan tersebut tepat dan mayat yang nditemui itu adalah Gareth Huntley, warga Britain yang hilang pada minggu lalu,” katanya.

Huntley dilaporkan hilang sekitar waktu tengah hari selepas pergi ke kawasan Air Terjun Lubuk Teja yang berada di pulau itu.

Dia bagaimanapun gagal ditemui selepas itu dan memaksa gerakan mencari dilakukan secara besar-besaran.

Mayatnya ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 4 Jun lepas pada jam 1 petang di sekitar Sungai Mentawak kira-kira 200 meter daripada kawasan chalet di kawasan tersebut.

Astro Awani 

Wanita Malaysia dirogol di Jaipur

Wanita itu mendakwa dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.

NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.

"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai berkata.

Lelaki itu berusia 30 tahun.

Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan.

Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.

Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.

Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh tiga jam.

"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.

Kecaman dan bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.

Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.

Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek bersenjatakan pisau.

Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India.

Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi.

Sementara itu, laporan perubatan mengesahkan wanita itu dirogol.

Amandeep Singh berkata seorang lelaki iaitu tertuduh dalam kes itu, Puneet Jain, sudah ditahan.

"Sepucuk pistol turut dijumpai dalam kereta Puneet Jain," katanya.

Beliau berkata berdasarkan keterangan mangsa, ketika kejadian, wanita itu dalam keadaan tidak sedar, dan dia turut diugut tertuduh dengan sepucuk pistol.

Timbalan Pesuruhjaya Polis itu juga berkata mangsa diberi perlindungan penuh daripada pihak polis dan menerima rawatan dalam tempoh empat jam selepas kejadian.

"Dia juga diberikan khidmat kaunselor mengikut keperluan dan sebaik sahaja siasatan selesai, dia akan dihantar pulang ke negara asal dengan selamat," katanya. - BERNAMA 

Sukar tentukan motif pembunuhan Siti Soffea - Polis

GAN: Polis juga tidak dapat mengaitkan suspek dengan bapa mangsa. -Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Polis sukar menentukan motif pembunuhan kejam Siti Soffea Emelda kerana tiada keterangan yang dapat mengaitkan ibu kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu dengan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis juga tidak dapat mengaitkan suspek dengan bapa mangsa.

"Oleh itu sukar untuk menjuruskan kepada penentuan motif pembunuhan kanak-kanak malang ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Gan berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya minggu depan bagi menentukan tindakan lanjut.

Siasatan dibuat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam kejadian 29 Mei lalu, mayat Siti Soffea ditemui oleh orang awam kira-kira 9 malam dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Jalan Hishamuddin di sini.

Mayat suspek yang dikatakan terjun ke dalam Sungai Klang selepas membunuh kanak-kanak itu ditemui terapung di sungai berhampiran plaza tol Sunway pada 31 Mei lepas. - BERNAMA 

Teen undergoes caning for raping girlfriend

A college student was caned lightly eight times in front of his parents at the Ampang Sessions Court - File picture


KUALA LUMPUR: A college student was caned lightly eight times in front of his parents at the Ampang Sessions Court here Friday, after he pleaded guilty to raping his girlfriend in November last year.

Ainur Asyriq Aizamuddin, 19, was caned by two officers from the Kajang Prison before Judge Manira Md Nor.

The carrying out of the sentence was also witnessed by several prison officers, a medical doctor, members of the public and the media in the public gallery. 

Prior to the punishment, Manira expressed hope that the youth would repent and turn over a new leaf.

"I hope this caning will teach you a lesson. The offence of rape carries a sentence of up to 20 years jail but after considering your age and background the court decided to settle on light caning and a mandatory reporting order," she said.

On Dec 13, 2013, Ainur Asyriq was charged with two counts of raping his girlfriend, who was 15 years old at the time, in a house at Ampang Jaya near here on Nov 29 and Dec 7 of the same year.

He was charged under Section 376 (1) of the Penal Code (Act 574) which is punishable by up to 20 years in prison and caning.

On May 14, Manira ordered the accused to undergo a daily four-hour attendance for three months under Section 5(1) of the Offenders Compulsory Attendance Act and a RM6,000 bond with one surety for the first offence.

She also ordered eight strokes of light caning under Section 293 (1)(c) of the Criminal Procedure Code, which was carried out yesterday.

The prosecution was conducted by deputy public prosecutor Goh Ai Rene while Ainur Asyriq was represented by lawyers Farhan Read and Dony Abdullah.

BERNAMA