Koala yang diberi layanan istimewa Qantas Airlines - Foto Facebook Cantas Airlines
BRISBANE - AUSTRALIA. Empat beruang koala yang dipinjamkan sementara kepada Singapura oleh kerajaan Australia sempena sambutan kemerdekaan ke 50 tahun negara itu diberi layanan penerbangan kelas istimewa oleh Qantas Airlines.
Dalam satu foto yang dikongsi di laman sosial Facebook Qantas Airlines memaparkan haiwan tersebut dihidangkan minuman dan daun oleh krew penerbangan.
Koala yang diberi nama Paddle, Pellita, Chan dan Idalia akan di pinjamkan kepada Singapura selama enam bulan di sebuah pameran di Zoo Singapura.
Koala tersebut tiba di Singapura hari ini, namun penyerahan rasmi akan berlaku pada 20 Mei selepas haiwan tersebut melengkapkan prosedur kuarantin yang ditetapkan.
Memetik laporan Channel News Asia, sepanjang perjalanan udara tersebut koala-koala tersebut dilengkapi dengan kandang yang dibina khas, kapsul kawalan iklim yang dilengkapi pokok dan daun yang berkualiti.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment