Showing posts with label Why and How. Show all posts
Showing posts with label Why and How. Show all posts

Thursday, 1 May 2014

Pengerusi Surau Yang Juga Pemimpin Politik Tempatan Hamilkan Gadis 15 Tahun



Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia disahkan hamil.

Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.

Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.

Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merogol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.

Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.

Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.

Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.

“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.

“Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah ‘memerangkap’ wanita warga asing,” kata sumber.

Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.

Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.

Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Tuesday, 25 March 2014

Kes buang bayi: Penuntut IPT disiasat polis

Penuntut IPT disiasat polis


Laporan Sinar Harian, semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan dalam tong sampah di tandas wanita di Terminal Bas Bersepadu Selatan, Sabtu lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu berasal dari Johor Bahru, ditahan di Kajang kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

Bayi malang itu ditemui seorang tukang cuci, wanita warga Indonesia, ketika menukarkan plastik sampah di tandas berkenaan, kira-kira jam 11.30 malam.

Dia mendapati bungkusan sampah itu agak berat daripada kebiasaan, sebelum menjumpai mayat bayi berkenaan. Dia kemudian segera memaklumkan kepada anggota polis yang bertugas di Balai Polis Terminal Bas Bersepadu Selatan.

Ia dibungkus dalam lapisan tisu putih dan dibalut dengan plastik sampah warna biru. Siasatan juga mendapati ada kesan luka dileher bayi berkenaan, dipercayai terkoyak semasa dilahirkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada seorang pensyarah sebuah IPT berhubung kejadian tersebut.

"Pensyarah itu mendakwa penuntutnya memaklumkan terdengar tangisan bayi di dalam tandas di IPT tersebut kira-kira jam 7.30 malam pada hari kejadian, sebelum ternampak wanita berkenaan keluar dari IPT itu dengan membawa dua beg plastik," katanya.

Menurutnya, wanita tersebut dipercayai tinggal di sebuah hotel di Melaka sejurus selepas kejadian itu, sebelum pulang semula ke IPT berkenaan.

"Pensyarah tersebut telah membawa penuntut berkenaan ke balai polis berhampiran, sebelum dibawa berjumpa dengan doktor di sebuah hospital dan disahkan baru bersalin.

"Siasatan awal mendapati wanita itu mengaku melahirkan bayi itu, sebelum membawanya ke Terminal Bersepadu Selatan," katanya

Sumber: Sinar Harian

Monday, 10 March 2014

10 tanda tanya berkenaan kehilangan MH370

Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.

1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?

Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.

Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu,19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.

Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.





2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?

PenerbanganMH370berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udaraterputus hubunganpada jam 0130.


3. Di mana pesawat ini menghilang?

Pesawat ini menyeberangiLaut China Selatandan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat inidipercayai cuba berpatah balikdari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.





4. Di mana misi mencari dilakukan?

Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.

Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.

5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?

Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.

Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.

Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yangmempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula.Kali terakhir pemeriksaandilakukan adalah pada 10 hari lalu.


6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?

Pihak MAStidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitanserangan pengganasbuat masa ini.

Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.



Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.

7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?

PesawatAir Francedalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.

Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari perakam penerbangan dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.

Perakam penerbangan ataukotak hitamberkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.

Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.



8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?

Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.

Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.

9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?

Selain Malaysia,gerakan besar-besaranini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand,Singapura, Indonesia, Filipina,Australiadan Amerika Syarikat.

Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.




10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?

Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Selain itu juga, saluran beritaAstro Awani 501dan laman sesawangwww.astroawani.com juga menyiarkan laporan mendalam dan berterusan termasuk siaran sidang media secara langsung berkenaan usaha mengesan pesawat MH370.

Sumber: Astro Awani

Thursday, 7 November 2013

Dera: Pemilik taska serah diri

Dera: Pemilik taska serah diri
Video yang dimuat turun ke dalam Youtube ini memaparkan kanak-kanak dipukul pengasuh sebuah taska di Taman Melati.


KUALA LUMPUR – Pemilik sebuah taska di Taman Melati, dekat sini, yang dikaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPKL) Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata wanita berusia 35 tahun itu tiba di IPPKL kira-kira jam 10.30 pagi

“Wanita itu akan direman untuk siasatan lanjut bermula esok," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), tengah hari tadi.

Pemilik taska berkenaan sebelum ini bertindak menghilangkan diri selepas insiden rakaman penderaan di taskanya disiarkan stesen televisyen swasta.

Kejadian terbongkar selepas seorang bapa yang menghantar anaknya ke taska berjaya merakam tindakan seorang pengasuh memukul kanak-kanak dengan tuala hingga tersembam di lantai.

Lelaki itu meletakkan kamera tersembunyi dalam beg sekolah milik anak lelakinya selepas mengesyaki ada kejadian penderaan berlaku di situ.

Jumaat lalu, media melaporkan mengenai insiden kanak-kanak dipukul pengasuh taska berkenaan selepas rakaman video sepanjang sembilan minit turut dimuat naik ke YouTube dan Facebook.


Sumber: Sinar Harian

Friday, 11 October 2013

Ahli perniagaan pun merompak?

Dah tak cukup dengan hasil perniagaan, nak merompak lah pulak! Lepas ni apa lagi?


Rompak: Ahli perniagaan dipenjara

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan dipenjara lima tahun empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan termasuk merompak dan mengurung secara salah, enam tahun lepas.

Hakim Azman Mustapha memerintahkan Choy Chen Wai, 31, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 20 Dis 2012 selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah hari ini terhadap kesemua pertuduhan itu.

Bagaimanapun Choy hanya perlu menjalani hukuman penjara dua tahun selepas Azman memerintahkannya menjalani hukuman itu secara serentak.

Bagi dua pertuduhan merompak, Choy dijatuhi hukuman penjara masing-masing dua tahun manakala bagi pertuduhan melakukan kurungan secara salah dia dipenjara setahun dan bagi pertuduhan memiliki sepasang gari tanpa kebenaran, penjara empat bulan.

Bagi pertuduhan pertama Choy didakwa bersama-sama dua lagi yang telah dituduh dan seorang yang masih bebas, merompak seorang lelaki Mak Gueng Heng, 55, dengan mengambil seutas jam tangan, pemetik api, wang tunai RM2,750, dua bentuk cincin perak, sebuah kereta Honda CRV dan telefon bimbit di No.1, Jalan 2/96 Taman Bukit Mewah, di sini pada 9 malam, 27 Mac 2007.

Bagi pertuduhan kedua, Choy didakwa bersama-sama dua lagi yang telah dituduh dan seorang yang masih bebas, melakukan kurungan secara salah ke atas Gueng Heng bagi tujuan mendapatkan wang tunai RM15,000 di tempat dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Choy didakwa bersama-sama dua lagi yang telah dituduh, dengan niat bersama merompak anak lelaki Gueng Heng, Mak Ying Choon, 33, dengan mengambil seutas jam tangan, pemetik api dan wang tunai RM7,000 di G-05-04, Ketumbar Hill Kondominium, Taman Cheras, di sini pada 2.30 petang, 28 Mac 2007.

Bagi kesalahan merompak, Choy didakwa mengikut Sekyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat manakala bagi kesalahan mengurung secara salah dia didakwa mengikut Seksyen 347 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Choy juga  menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memiliki sepasang gari tanpa kebenaran di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Taman Cheras, di sini pada 29 Mac 2007 mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir memohon mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam memandangkan kes rompak semakin berleluasa dan memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

Peguam Harvinder Singh memohon hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan tertuduh telah sedar akan kesilapannya. - Bernama


Sumber

Monday, 7 October 2013

Hebat! Kanak-kanak terbang ke Las Vegas tanpa tiket

MINNEAPOLIS - AS.  Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan dan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-St. Paul tanpa tiket menuju ke Las Vegas, kata jurucakap lapangan terbang, semalam.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Lapangan Terbang Metropolitan, Patrick Hogan, unit keselamatan melakukan saringan terhadap kanak-kanak itu di lapangan terbang sejurus ketibaannya sekitar 10.30 pagi, Khamis lalu.

Budak itu kemudiannya menaiki penerbangan Delta meninggalkan Las Vegas pada jam 11.15 pagi.

Menurut Hogan, penerbangan itu tidak penuh dan krew penerbangan mencurigai ekoran kanak-kanak itu tiada dalam senarai kanak-kanak untuk dijaga.

Mereka kemudiannya menghubungi polis Las Vegas dan kanak-kanak itu dipindahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak selepas mendarat.

“Sukar untuk mencari tahu kenapa dia boleh menaiki penerbangan itu ke Las Vegas,” kata Hogan.

Polis Minneapolis, Sarjan Bill Palmer berkata pihaknya telah bercakap dengan keluarga kanak-kanak itu dan menurut keluarganya, kanak-kanak itu melarikan diri dan terakhir dilihat awal Khamis lalu.

Kanak-kanak itu sudah berada di lapangan terbang itu sejak Rabu lalu, kata Hogan.

Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu mengambil beg dan memesan makanan tengah hari di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan.

Kanak-kanak itu makan dan memberitahu mahu menggunakan tandas dan meninggalkan beg tersebut dan tidak pernah kembali untuk membayar

Delta dan Transportation Security Administration berakta dalam kenyataan yang berasingan bahawa mereka sedang menyiasat perkara itu.


Sumber

Kanak-kanak 10 dan 11 tahun dibelasah kekasih ibu

Dibelasah kekasih ibu
Kesan dera bahagian belakang mangsa


Dibelasah kekasih ibu
Mangsa dera bersama datuk dan neneknya hadir ke IPD Sabak Bernam bagi membantu siasatan polis



SABAK BERNAM – Seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila sanggup mendera dua anak teman wanitanya menggunakan getah paip dan tali pinggang sejak lebih lima bulan lalu di sebuah kampung di Sabak Bernam.

Kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 11 tahun yang kematian bapa dua tahun lalu, selain tidak bersekolah dipercayai  tinggal serumah dengan suspek berusia 33 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, ibu mangsa berusia 32 tahun yang tidak tahan dengan perangai suspek kemudian menghubungi keluarganya di Cheras bagi mendapatkan bantuan.

“Ibu mangsa yang telah lama memendam perasaan dengan sikap keji suspek mengadu kepada bapanya supaya datang mengambil mereka kerana sudah tidak sanggup melihat anaknya didera lelaki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, sebaik menerima panggilan jam 8 pagi itu, bapa wanita yang tiba kira-kira jam 4 petang terus membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam terlebih dahulu sebelum menuju ke rumah suspek.

“Datuk kanak-kanak itu bersama seorang lagi menantunya yang tiba di rumah sewa suspek terkejut apabila mendapati dua cucunya ditinggalkan dalam rumah itu, sementara anak perempuannya dan suspek tiada di rumah.

“Datuk mangsa yang berasa curiga atas perbuatan suspek terus membuat pemeriksaan pada badan kedua-dua cucunya itu dan mendapati terdapat tanda-tanda kanak-kanak itu didera berdasarkan kesan parut,” katanya.

Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek kira-kira jam 5 petang sewaktu lelaki itu bersama teman wanitanya itu pulang ke rumah sewa tersebut.

“Suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dera tersebut, sementara kedua-dua mangsa dibawa menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk rawatan lanjut sebelum mereka dibenarkan pulang,” katanya.

Menurutnya, hasil semakan polis mendapati suspek sebelum ini mempunyai tujuh rekod lampau iaitu empat daripadanya kes jenayah manakala tiga daripada kes itu melibatkan penyalahgunaan dadah.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Kisah selanjutnya di sini

Pelajar dirotan hingga tisu koyak

Penangan rotan ustaz
Keadaan paha mangsa yang terpaksa menerima 30 jahitan selepas dirotan seorang ustaz warga Bangladesh di sebuah madrasah di Jengka, Pahang.


Penangan rotan ustaz
Mangsa dibawa balik bapanya dari Pahang dan terus dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang untuk mendapat rawatan lanjut.



PUCHONG – Hanya kerana gagal menjawab soalan yang ditanya, seorang pelajar di sebuah madrasah di Jengka, Pahang didakwa telah dirotan sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan.

Bapa mangsa yang berusia 40 tahun berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27 September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang.

Sebaik menerima panggilan telefon mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke kampung pada malam hari sama.

Dia mendapati anaknya hanya terbaring, tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah.

Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.

Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit.

Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit.

Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan.

“Nasib baik ibu saya yang tinggal berhampiran madrasah datang menjenguknya selepas seminggu kejadian, kalau tidak
mungkin saya tidak tahu kerana pihak sekolah juga tidak maklumkan,” katanya.

Katanya, anaknya kini trauma dengan apa yang berlaku dan sejak itu dia terus mengeluarkan kedua-duanya anak dari madrasah terbabit.

Katanya, anaknya yang mula menuntut ilmu agama di madrasah terbabit sejak Mac lalu masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

“Sebelum ini mungkin dia pernah dirotan tetapi tidak pernah mengadu kerana mungkin tidak serius. Bagaimanapun, kali ini saya anggap ia teruk dan akan menuntut ganti rugi kos perbelanjaan perubatannya,” katanya.

Pengadu turut sedih kerana anaknya mempunyai keinginan tinggi menuntut ilmu agama tetapi diperlakukan sedemikian rupa.

Menurutnya, Jika pihak madrasah enggan penuhi tuntutan ganti rugi, dia akan memfailkan saman berhubung perkara itu.

Turut mengecewakannya apabila pihak madrasah yang berjanji datang menjenguk anaknya tidak berbuat demikian meski sudah hampir dua minggu kejadian berlaku.


Sumber

Monday, 2 September 2013

Kilang yang mencemarkan air Sungai Selangor didenda RM37,000



RAWANG:  Kilang yang dipercayai bertanggungjawab ke atas pencemaran air Sungai Selangor sehingga berlaku gangguan air di beberapa kawasan sekitar lembah klang telah disita oleh pihak berkuasa tempatan.

Sebanyak 14 kompaun dikenakan Majlis Perbandaran Selayang ke atas kilang berkenaan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM37,000. -- Astro Awani 

Sunday, 1 September 2013

Kematian eksekutif penerbangan AirAsia X penuh tragis

 Kematian eksekutif penerbangan AirAsia X penuh tragis

Sumber imej: The Malaysian Insider


29 Ogos, 2013 - Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar (gambar bawah) lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.

Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.

Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.

Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.

Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.

"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.

"Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir.



Sumber

Friday, 30 August 2013

Mayat bayi disangka patung mainan

Disangka patung mainan, rupanya mayat bayi perempuan.

Seorang pekerja tidak menyangka menjumpai mayat bayi yang cukup sifat semasa menjalankan kerja pembersihan di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UITM) Dungun Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, mayat berkenaan ditemui terapung  kira-kira 11.30 pagi Khamis.

Menurut Ahmad Zailani pada awalnya pekerja berkenaan menyangkakan objek yang terapung itu anak patung namun setelah diamati, ia mayat seorang bayi.

Pekerja itu terus memaklumkan penemuan mayat berkenaan kepada pihak universiti sebelum melaporkan kepada polis.

Semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kelihatan pucat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam dengan kepalanya pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.

Mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

- Astro Awani 

Pelajar bergantung kepada pil?


Pelajar dinasihat tidak bergantung kepada pil-- Dr Subra

KANGAR:  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati pelajar di negara ini agar tidak bergantung kepada pil tertentu untuk mereka pandai dan berjaya dalam peperiksaan.

Beliau berkata pencapaian dalam peperiksaan banyak bergantung kepada sejauh mana kesungguhan pelajar dalam memanfaatkan masa belajar.

"Pil itu sebenarnya hanyalah makanan tambahan," katanya semasa majlis perasmian Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Utan Aji yang disempurnkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di sini, Khamis.

Subramaniam mengulas mengenai laporan media mengenai kebimbangan ibu bapa terhadap pil yang dinamakan Dimensi 108 yang dikatakan boleh mengubah tingkah laku untuk menjadikan pelajar lebih taat dan rajin serta tahan penyakit.

Pil yang dipasarkan pada harga RM5 setiap satu itu dikatakan mula diedarkan awal minggu ini di beberapa negeri, kursus untuk pelajar tahun enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), bulan depan.

Setakat ini, kementerian tidak melarang orang ramai untuk membeli atau mengedar pil tersebut yang ini masih berada di pasaran.

Kompleks di atas tapak seluas 5.6 hetktar yang bernilai RM18.5 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada 2011.

Ia bakal menempatkan semua bahagian perkhidmatan kesihatan di Perlis.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Budriah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sumber: BERNAMA 

Thursday, 29 August 2013

Rakyat Malaysia ditahan kerana didakwa persenda bendera Indonesia

Rakyat Malaysia ditahan kerana didakwa persenda bendera Indonesia

Seorang rakyat Malaysia mungkin berhadapan dengan hukuman penjara lima tahun kerana didakwa mempersendakan bendera Indonesia.

Broderik Chin, membuat ‘gurauan’ itu selepas pekerjanya gagal mencari bendera untuk dikibarkan sempena hari kemerdekaan Indonesia.

Dia telah didakwa berkata bahawa bendera tersebut “boleh digantikan dengan seluar dalamnya yang berwarna merah”.

Menurut Jakarta Post, Chin telah berbuat demikian pada 16 Ogos, iaitu sehari sebelum hari kemerdekaan negara itu.

Chin merupakan pengurus besar kilang kelapa sawit PT Kreasi Jaya, sebuah anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).

Pesuruhjaya Kanan Polis Indonesia, Agus Rianto berkata ada kemungkinan Chin bergurau atau marah dengan pekerjanya.

Katanya tindakan Chin telah menaikkan kemarahan penduduk tempatan di Dumai yang selepas itu telah melakukan bantahan di luar kilang.

Berikutan bantahan itu, polis Dumai telah menahan Chin pada 21 Ogos lalu.

Menurut Agus lagi, Chin akan di dakwa di bawah Artikel 66 Akta 2009 berkaitan bendera, bahasa, simbol dan lagu negara.

Berdasarkan laporan Jakarta Post, Chin bakal berdepan dengan hukuman penjara lima tahun atau denda Rp 500 juta (RM 150,762).

- Astro Awani 

Tuesday, 27 August 2013

'Technical error' found in identification process involving robber cops case

'Technical error' found in identification process involving robber cops case

PETALING JAYA:  A ‘technical error’ in the identification process on two policemen who were allegedly involved in a snatch theft incident in Kelana Jaya last month had caused the delay in the case to be brought or charged in court.

Petaling Jaya district police chief Arjunaidi Mohamed said the ‘technical error’ was found after the identification parade process  by victim B.Saravanan at the Petaling Jaya district police headquarters on July 7, four days after the incident took place.

“I can’t elaborate further  what kind of ‘technical error’ that had occurred  because investigation is still on-going but we are trying to get other statements from witnesses to assist and support the existing evidence in our probe,” he told reporters at Petaling Jaya district headquarters.

It is learnt that the ‘technical error’ was the two policemen the victim had positively identified were not the actual snatch thieves involved in the accident and the real thieves are still at large.

Arjunaidi clarified the duo were not arrested but only asked to attend the identification parade process.

“The duo are police constables and still in active duty. However they are not attached to any district police station here or state police headquarters,” said Arjunaidi.

So far, police have taken statements from more than 10 people with regards to the case but have yet to trace the woman involved in the jewellery snatch incident. The case is being investigated as a robbery.

On July 3, about noon, technician Saravanan was in his car when he saw two men on a motorcycle snatching a woman’s necklace near his office at Taman Mayang in Kelana Jaya.

He then immediately rammed towards the motorcycle which caused the duo to fall. One of them fled from the scene on foot while his accomplice tried to escape using the motorcycle.

Saravanan had then rammed toward the motorcycle again but the thief reacted by throwing stones at him, causing damage to the windscreen.

The suspects armed with a knife then attacked him in a brief scuffle. The thief, however manage to snatch his necklace before escaping.

Saravanan did not chase the suspect. A police patrol car came later and assisted him.

From the chassis number inspection, it was confirmed that the motorcycle belonged to a police officer.

The motorcycle was using a fake registration number. -- Astro Awani 

Penternak lembu nyaris maut ditembak

SUNGAI PETANI:  Seorang penternak lembu nyaris maut selepas ditembak ketika memandu lori yang sarat dengan muatan makanan lembu, di Sungai Division, Bukit Selambau.

Dalam kejadian 5 petang isnin itu, M. Yogeswaran, 30 tahun, cedera pada jari, terkena tembakan yang dilepas oleh suspek yang membonceng motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalil Arifin, mangsa berkemungkinan mengenali suspek.

Khalil berkata pihaknya percaya kejadian tiada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap atau kes-kes tembakan yang dilaporkan berlaku sebelum ini.

Beliau berkata polis bagaimana pun masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu.

Difahamkan dua suspek yang menunggang motosikal itu datang dari arah belakang lori yang dipandu mangsa, sebelum melepaskan tembakan ke arahnya.

Mangsa yang cedera, menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim  Sungai Petani.

Sementara itu di kuantan, dua anggota kumpulan kongsi gelap geng 08 yang bergiat aktif di utara tanah air dan sepasang suami isteri adalah antara lima suspek pengedar dadah yang ditahan dalam ops cantas semalam.

Suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan dalam operasi di kuantan dan temerloh.

Hasil kedua-dua serbuan itu, polis merampas 9,261.6 gram dadah heroin yang dianggar bernilai lebih 200 ribu ringgit serta dua kereta yang digunakan suspek.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata dua anggota kumpulan kongsi gelap itu yang berstatus orang sekatan (PCO) bersabit kesalahan dadah bersama seorang rakan ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di tanah putih.

Dalam serbuan kira-kira 12 tengah hari itu, suspek yang menaiki dua kereta jenis Honda Accord dan Perodua Myvi cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis sehingga berlaku pergelutan sebelum polis berjaya menahan mereka.

Sharifuddin berkata ketiga-tiga suspek yang masing-masing bekerja sebagai juruteknik kilang, pemandu lori dan buruh berasal dari utara tanah air itu ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata hasil ujian ke atas ketiga-tiga mereka, seorang daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kegiatan pengedaran dadah yang didalangi dua anggota geng 08 itu dipercayai cuba menjadikan daerah ini sebagai lokasi baharu untuk mengedar bahan terlarang itu.

Sementara itu dalam operasi pada pukul 6 petang di Temerloh, polis menahan sepasang suami isteri berusia 21 dan 27 tahun serta merampas dadah heroin seberat 171.6 gram.

Siasatan awal mendapati dadah terbabit dibawa dari utara tanah air untuk diedar kepada pengedar dan penagih di negeri ini.


- Astro Awani 

Nahas Bas Genting Highlands: Mayat yang tak dapat dikenalpasti adalah warga Nigeria

Nahas Bas Genting Highlands: Mayat yang tak dapat dikenalpasti adalah warga Nigeria

KUALA LUMPUR:  Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan mayat wanita yang sebelum ini tidak dapat dikenal pasti selepas terlibat dalam nahas bas di Genting Highlands Rabu lepas, adalah warga negara Nigeria.

Seorang Jurucakap HKL ketika dihubungi Bernama berkata mangsa dikenali sebagai Eitoya Magdalin, umur tidak dapat dipastikan, dan merupakan seorang penuntut.

"Semalam, beberapa rakannya datang ke Jabatan Forensik di sini dan selepas membuat pengecaman, mengesahkan wanita itu rakan mereka.

"Pada ketika ini usaha sedang dilakukan dengan pihak kedutaan dan pihak polis bagi memaklumkan keluarganya dan seterusnya untuk proses tuntutan mayat," katanya.

Ini menjadikan kesemua 37 mayat yang dihantar ke hospital itu telah dikenal pasti dan tujuh daripadanya masih belum dituntut sehingga pagi ini, katanya.

Jurucakap itu berkata lima lagi mangsa yang menerima rawatan di hospital itu berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu seorang mangsa yang cedera dan dirawat di Hospital Selayang, Nur Fathih Jaafar, 21, dibenarkan keluar hari ini selepas keadaannya semakin pulih.

"Kita masih lakukan pemerhatian terhadap tiga lagi pesakit, Nurul Quraitul Aini, 19, warga Indonesia, Nurfridil Gusman, 23, dan Andri Purwadi, 25," kata Dr Pengarah Hospital Selayang Siti Zaleha Mohd Salleh.

Empat daripada lapan mangsa lagi dipindahkan ke dua hospital lain atas permintaan mereka.

Nahas bas yang terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Km3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada Rabu lepas meragut 37 nyawa termasuk pemandu manakala 16 lagi cedera.

- BERNAMA 

Sunday, 25 August 2013

Kanak-kanak dipercayai mangsa dera meninggal dunia


Kanak-kanak dipercayai mangsa dera meninggal dunia

IPOH:   Kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang dipercayai didera oleh ibunya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Paediatrik Hospital Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kematian itu.

"Kita sedang menunggu maklumat daripada pihak hospital berhubung kematian kanak-kanak itu," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Pada 15 Ogos lepas kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan cedera pada bahagian kepala dan seluruh badannya akibat dirotan.

Choong Mee Chin, 30, ibu kepada kanak-kanak tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan itu dan tidak mengaku bersalah pada 20 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak itu di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. - BERNAMA 

Friday, 23 August 2013

Pembebasan Azilah dan Sirul: Peguam Negara tidak berpuashati dan akan buat rayuan

Pembebasan Azilah dan Sirul: Peguam Negara tidak berpuashati dan akan buat rayuan
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas alasan yang diberikan oleh mahkamah ketika membebaskan kedua tertuduh tidak mempunyai kaitan.

"Tentang DSP Musa Safri, kami menegaskan keterangan beliau tidak ada kaitan dengan keseluruhan perbicaraan yang telah dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan terhadap pensabitan dan hukuman.

Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

Hakim Tengku Maimun yang membacakan penghakiman itu berkata hakim perbicaraan telah tersalah arah dirinya dengan cara tanpa arah gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.



Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/pembebasan-azilah-dan-sirul-peguam-negara-tidak-berpuashati-dan-akan-buat-rayuan-20911?cp


Thursday, 22 August 2013

Serangan senjata kimia ragut 1600 nyawa


Serangan senjata kimia ragut 1600 nyawa
Sekurang-kurangnya 1600 maut dalam serangan didakwa menggunakan senjata kimia di beberapa perkampungan di pinggir Damsyik. Menurut pembangkang Syria serangan berkenaan dilancarkan tentera kerajaan. Ketua Turus Tentera Pembebasan Syria (FSA), Salem Idris memaklumkan serangan itu menggunakan roket dan mengakibatkan beratus-ratus cedera. Jelasnya, kebanyakan yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Presiden Majlis Kebangsaan Syria, George Sabra menjelaskan bilangan korban dalam serangan itu mencecah 1300 nyawa. Beliau yang mengadakan sidang media di Istanbul menambah tentera kerajaan menggunakan gas sarin.





http://www.youtube.com/user/MrERBEEN2011?feature=watch

Pasukan doktor yang merawat mangsa memberitahu serangan berlaku pada pagi Rabu. Tentera Syria didakwa melancarkan 15 roket berisi gas sarin ke atas beberapa perkampungan dan mengakibatkan ramai kanak-kanak dan wanita yang terbunuh. Menurut Rangakaian Berita Syam, roket kimia itu mula menggempur sasaran sekitar jam 2.45 pagi waktu tempatan di Jobar, Zamlaka dan Aik Turma yang dikuasai pembangkang ketika penduduk sedang nyenyak tidur.  Ia mengakibatkan ramai penduduk lemas dan sesak nafas.  Ada di antara mereka yang sempat dikejarkan ke klinik berhampiran.

Susulan insiden berkenaan, aktivis hak asasi manusia di Syria menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang didakwa dilakukan tentera Bashar Al-Assad. Kejadian berlaku ketika pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sedang melakukan siasatan berhubung insiden yang hampir sama di Damsyik.  Aktivis Syria turut memuat naik ke laman Youtube rakaman mangsa yang terbunuh selepas serangan dilancarkan. Rangkaian Berita Syam sebelum ini melaporkan lebih 570 mayat ditemui. Ia tidak termasuk penduduk yang dipercayai mati di kediaman masing-masing kerana terhidu gas beracun.

Tentera Syria bagaimanapun menafikan serangan itu menggunakan senjata kimia. Ia sebaliknya mendakwa serangan yang dilancarkan merupakan operasi rutin bagi menghapuskan kumpulan pengganas.
- Astro Awani

Tuesday, 20 August 2013

Firearms for sale on Facebook

Firearms for sale on Facebook

They are not only cheap but easily available: this is the picture portrayed on two Facebook accounts found to be selling firearms openly in Malaysia.

A check by Bernama found that a Facebook account claimed to offer a range of pistols, revolvers and assault rifles for between RM500 and RM15,000.

The list of weapons for sale on the account included AK-47 assault rifles, at RM12,000, Smith & Wesson pistols, at RM500, and revolvers with two boxes of ammunition, at RM15,000.

Another Facebook account declared that it could offer about 10 types of firearms, among them E&C M16A4, Tercel M1911 airsoft gun and S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) for between RM600 and RM1,250, resembling real weapons.

The Facebook account was opened in February and received '688 likes' and showed 141 browsers having an ongoing discussion on the weapons.

The account owner also boldly provided a mobile phone number and responded to Bernama's text message.

The discovery of these two Facebook accounts raises a host of questions about how easy it is to buy firearms through the Internet, especially in the present scenario of an increasing trend in fatal shootings reported lately.

Just in July there were two shootings. Teacher Mat Zaki Hashim, 35, was critically injured when he was shot in the neck on July 5 near Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, Kelantan.

Then, on July 28, Mywatch chairman R. Sri Sanjeevan was left fighting for his life after being shot by two gunmen on a motorbike in Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan, and a day later, AmBank founder Hussain Ahmad Najadi became the third victim when he was shot dead while coming out of a temple with his wife at Lorong Ceylon, near here.

Asked to comment on the Facebook accounts, Kuala Lumpur CID chief Datuk Ku Chin Wah said the police would not hesitate to investigate the matter thoroughly under Section 11 of the Firearms Act.

"Selling firearms without a licence is a serious offence," he told Bernama.

Meanwhile, Malaysian Crime Prevention Foundation vice-chairman Tan Sri Lee Lam Thye said the account holders appeared to be blatant and prepared to risk the law to sell firearms on the Internet.

"As a country with strict laws on the subject, the authorities should take stern action against such quarters so that it would deter other offenders," he said.


- BERNAMA