Monday, 13 April 2015

Mansuh lah cukai demi rakyat!


KUALA LUMPUR - Himpunan Derita Rakyat (Hindar) dijadikan sebagai platform penyokong Pas dan orang ramai mendapatkan informasi mengenai GST dari sudut hukum Islam.

Rata-rata orang ramai yang hadir berhasrat untuk mendengar penjelasan daripada pemimpin bertaraf ulama.

Ab Halim Mokhtar, 59, yang datang dari Negeri Sembilan berkata, dia datang bersama keluarga untuk ke perhimpunan berkenaan.

“Saya datang kerana mahu dengar isu GST dan penjelasan daripada ulama terutamanya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jika sebelum ini kita hanya dengar tentang isu ini di media,tapi hari ini kita faham bahawa GST ini memang tidak menguntungkan rakyat," katanya.

Menurutnya, kehadiran ribuan orang di Padang Merbok ini semalam bukti bahawa orang ramai tidak bersetuju dengan GST.

Seorang lagi pengunjung, Jamilah Rahim berkata, dia bersama rakannya datang untuk mendengar penjelasan mengenai pelaksanaan GST yang sebelum ini amat mengelirukan.

"Kami ingin mendengar penjelasan daripada pihak yang ingin membela nasib rakyat," katanya.

Sementara itu, Zulkifli Muda, 55, pesara tentera yang datang dari Kuala Terengganu berharap kerajaan dapat mengkaji semula pelaksanaan cukai tersebut yang hanya akan menyebabkan golongan miskin merana.

“Harap ada perubahan daripada kerajaan dan GST dapat dimansuhkan,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment