Seorang gadis meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kiri dengan pisau oleh bekas tunangnya, di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Kluang, Johor pada Jumaat, 10 April 2015
Ibu mangsa, Bedah Bontak mendedahkan lelaki itu yang dikenali sebagai Zam bersungguh-sungguh meminta maaf daripada anaknya dan sempat makan tengah hari di rumah mereka sebelum kejadian
Image via mstar.com.my Isa Abdul Samad (kanan) dan Bedah Bontak (kiri), bapa dan ibu kepada mangsa, Nursyafikah.
"Dia datang ke rumah kami kira-kira pukul 11 pagi dan memohon maaf daripada Nursyafikah kerana memutuskan pertunangan mereka."
"Agak pelik kerana dia muncul secara tiba-tiba selepas beberapa bulan menghilangkan diri. Namun kami sekeluarga tetap melayannya dengan baik dan menjamunya makan," katanya di rumahnya di Felda Ulu Dengar.
Beliau berkata pemuda berkenaan berada di rumahnya kira-kira dua jam sebelum dihantar pulang ke bandar Kluang oleh adik dan abang Nursyafikah.
Bedah tidak menyangka Zam, yang memutuskan tali pertunangan mereka berdua sebenarnya menyimpan dendam terhadap anaknya sehingga sanggup membunuh
Image via sinarharian.com.my
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mangsa, Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, sedang bekerja di pasar raya itu.
"Dipercayai berlaku pertengkaran antara Nursyafikah dan suspek yang berumur 20-an sebelum kepala Nursyafikah terhentak di sebuah motosikal akibat ditolak suspek serta kemudian ditikam di rusuk kiri menggunakan pisau pemotong sayur," katanya. bernama.com
Kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa Nursyafikah telah bertunang dengan lelaki lain dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi
Mohd Roze berkata polis menemukan pisau yang dipercayai digunakan dalam kes itu di tempat kejadian dan Nursyafikah meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di Kluang.
"Polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang dilakukan," katanya.

Image via therakyatpost.com
Nursyafikah dikatakan bertunang dengan pemuda berkenaan tahun lepas sebelum putus enam bulan lalu.

mstar.com.my
Bedah turut mendakwa sepanjang pertunangan dengan suspek, anaknya dipercayai pernah dipukul beberapa kali.
"Anak saya berasa sangat kecewa apabila lelaki tersebut memutuskan pertunangan mereka dan tidak menghubunginya sehingga dia muncul semula semalam," katanya lagi.

sinarharian.com.my
Menurut sumber rasmi, nama suspek dikenalpasti sebagai Khalis atau nama panggilan “Ejam” yang dipercayai berasal dari Ulu Tiram. Suspek kini dalam buruan pihak polis.

Image via melvister.com
Mohd Roze berkata pihaknya percaya suspek yang berusia lingkungan 20-an masih berada di negeri ini dan pihak polis sudah mempunyai petunjuk dan berharap dapat menyelesaikan kes berkenaan dengan segera.
“Setakat ini hanya seorang suspek yang dikenal pasti terlibat dan polis sedang berusaha untuk memberkasnya. Siasatan kes dilakukan dari pelbagai sudut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam dan di luar pasar raya tempat berlaku kejadian," kata Mohd Roze.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pihak polis.

-----------------------------------------
Sumber: SAYS, Farouq Johari — 13 Apr 2015
No comments:
Post a Comment