BANTING - Dua maut termasuk seorang bayi lelaki berusia dua bulan dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Jalan Sungai Buaya, Kampung Chodi, Banting, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang itu melibatkan seorang mangsa berusia 45 tahun dan anaknya berusia dua bulan.
Difahamkan, renjatan elektrik berkenaan berpunca daripada kipas angin. Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung punca kematian masih dalam siasatan.
Ketika kejadian mangsa bersama bayinya berada di rumah baharu mereka yang masih dalam proses pembinaan sementara isteri mangsa berada di rumah lama terletak tidak jauh dari tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.39 petang.
Sebaik menerima laporan berkenaan, sebuah jentera telah bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 3.57 petang. Ketika tiba di rumah kejadian, kedua-dua mangsa terbaring di atas lantai.
“Pasukan perubatan kemudian mengesahkan mangsa pertama meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya meninggal dunia.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment