Monday, 9 February 2015

'Facelift' SUV Fortuner untuk 2015


UMW Toyota Motor sudah memberi tambah baik kepada SUV model Fortuner bagi tahun ini. Dengan langkah ini, kenderaan ini mendapat lampu hadapan rekaan baharu serta lampu kombinasi belakang dengan rupa lebih terkini.

Penambahan lampu DRL pada bampar hadapan pasti menarik minat pembeli. Barisan DRL ini merangkumi 5 mentol LED. Pilihan warna untuk Fortuner juga ditambah dengan 2 tona lagi iaitu Attitude Black dan kelabu metalik, menjadikan jumlahnya 5.

Di dalam kabin pula, panel papan kemuka Fortuner (varian 2.7V) ini menampilkan kemasan black woodgrain yang memberikan imej lebih mewah. Warna gelap ini diteruskan ke seluruh ruang dalaman.

Model Fortuner tahun 2015 ini masih lagi mengekalkan bilangan tempat duduk untuk 7 penumpang, serta keselesaan kepada semua dengan corong pendingin udara khusus untuk penumpang belakang beserta butang kawalan tersendiri.

Pembeli diberi pilihan untuk menaik taraf sistem hiburan kenderaan ini kepada unit audio DVD audio-video dengan sistem navigasi. Sistem ini turut menawarkan ketersambungan kepada telefon pintar Android dan iOS melalui WiFi. Dari itu, penggunaan internet boleh dilakukan melalui skrin sentuh 7 inci sistem DVD-AVN ini.


Ciri ‘Miracast’ membolehkan aplikasi seperto Waze ataupun Google Maps digunakan sewaktu memandu dan diakses pada skrin yang sama. Peta sistem navigasi terbina-dalam pada Fortuner baharu ini dilengkan dengan lokasi semua pusat jualan dan pasca-jualan Toyota di seluruh negara. Kamera undur adalah standard; manakala pam tayar mudah alih adalah satu pilihan tambahan.

Untuk hiburan visual kepada penumpang belakang, pembeli boleh memilih antara tambahan skrin yang dipasang pada bumbung kabin yang beserta pemain DVD tersendiri, ataupun hanya skrinnya yang disambung kepada pemain DVD-AVN.

Varian-varian Fortuner yang dijual adalah 2.7V Petrol TRD Sportivo, 2.7V Petrol, 2.5G Diesel TRD Sportivo dan 2.7G Diesel. Harga-harga (dengan insurans, metalik, semenanjung) adalah seperti berikut:

Fortuner 2.7V (Petrol) AT TRD Sportivo RM183,325.30
Fortuner 2.7V (Petrol) AT RM179,841.30
Fortuner 2.5G (Diesel) AT TRD Sportivo RM175,580.20
Fortuner 2.5 (Diesel) AT RM172,122.20


- Sumber: Astro Publication 

No comments:

Post a Comment