Saturday, 10 January 2015

QZ8501: Nafi isyarat 'ping' kotak hitam dikesan



SHAH ALAM - Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) menafikan bahawa isyarat atau 'ping' kotak hitam pesawat QZ8501 telah dikesan.

Menurut F Henry Bambang Soelistyo, pengesan isyarat kecemasan kepunyaan agensi belum lagi mengesan sebarang ping sejak operasi SAR dilancarkan 13 hari lepas.

Sebelum ini, seorang penyiasat, Santoso Sayogo memberitahu bahawa kotak hitam berkemungkinan tidak lagi berada dalam ekor pesawat.

Penyelam sudah ditugaskan untuk memastikan perkara tersebut, menurut laporan Reuters.

Sementara itu, dua lagi mayat dikesan, namun masih belum dibawa keluar dari bangkai pesawat, menurut laporan Channel News Asia.

Setakat ini, sebanyak 46 mayat mangsa penerbangan malang tersebut sudah dibawa ke darat.

- Sumber: Sinar Harian | January 9, 2015

No comments:

Post a Comment