Saturday, 10 January 2015

Dua beradik serang Charlie Hebdo maut dalam serbuan polis



Dua beradik serang Charlie Hebdo maut dalam serbuan polis

PARIS: Pasangan adik beradik yang menyerang pejabat akhbar Charlie Hebdo maut dalam serbuan polis, selepas drama tebusan selama beberapa jam di kota Paris

Cherif dan Said Kouachi terbunuh selepas polis menyerbu lokasi persembunyian mereka di utara Paris

Dalam satu lagi serbuan di timur Paris, seorang suspek dalam kes tembakan anggota polis wanita juga ditembak, sementara seorang suspek wanita masih lagi diburu.

Cherif dan Said dilaporkan bersembunyi di sebuah kedai di kawasan perindustrian.

Pasangan itu menahan seorang tebusan. Drama tebusan memaksa polis mengosongkan kawasan berdekatan, termasuk sekolah, premis perniagaan serta menutup jalan-jalan utama.

Cherif dan Said dalam perbualan telefon bersama stesen televisyen tempatan mengaku mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Qaeda Yaman dan menerima latihan serta bantuan kewangan dari pemimpin kanan Anwar Al Awlaki.

Polis bertindak menyerbu lokasi persembunyian suspek sekitar 5 petang Jumaat.

Serentak itu polis di timur Paris turut menyerbu sebuah pasar raya yang dijadikan tempat persembunyian suspek dalam kes serangan ke atas anggota polis wanita pada Khamis.

Suspek Amedy Coulibaly, menahan lima tebusan.

Coulibaly dipercayai mempunyai kaitan dengan Cherif dan Said.

Dia sebelum itu turut menuntut supaya pasangan Cherif serta Said dibebaskan.

Serbuan polis menyebabkan Coulibaly dan empat tebusan terbunuh.

Dua anggota polis turut cedera. Namun polis masih menyiasat sama ada mereka maut kerana terkena letupan ketika serbuan dijalankan.

Bagaimanapun rakan subahat Coulibaly, Hayat Boumeddiene berjaya melarikan diri.

- Sumber: Astro Awani | Januari 10, 2015

No comments:

Post a Comment