Aznil selfie dengan Kim Kardashian. - Foto ihsan Datuk Aznil Nawawi
Aznil bersama hos E!News. - Foto ihsan Datuk Aznil Nawawi
KUALA LUMPUR: Pembuka lembaran 2015 menjadi indah buat Datuk Aznil Nawawi kerana berpeluang ke Los Angeles sejak 7 hingga 14 Januari ini.
Beliau ke sana seorang diri atas jemputan NBC Universal untuk acara anjuran International Press Junket. Acara itu bertujuan memperkenalkan program musim baharu seperti Live From Red carpet, The Kardashians dan Fashion Police.
Kesempatan indah itu dimanfaatkannya untuk bergambar dengan personaliti serta selebriti popular seperti Kim Kardashians, Ryan Seacrest, Giuliana Rancic dan penyanyi Christina Milian.
"Paling menyeronokkan dapat menemubual secara perseorangan dengan Christina, Giuliana dan Kim. Mereka sangat peramah.
"Biarpun gementar dengan keupayaan saya untuk berbahasa Inggeris, saya beranikan diri juga untuk atasi ketakutan itu. Saya belasah saja kerana peluang ini umpama seumur hidup sekali.
"Saya tak nak rasa diri ini kecil biarpun pasti ada yang akan ketawakan tahap bahasa Inggeris ini. Tak kisahlah orang nak cakap Inggeris berterabur kerana saya sangat seronok di sini," katanya.
Menurut Aznil lagi, penyanyi Christina akan tampil dengan program realiti sendiri dipanggil Christina Milian Turned Up yang akan bersiaran di Channel E! mulai 18 Januari ini.
"Saya turut berpeluang mencuba menjadi pengacara E! NEWS di samping Giuliana, Jason dan Terrence. Saya cuba letakkan diri ini sebaris dengan mereka biarpun bahasa Inggeris saya tidaklah bagus mana.
"Saya tolak rasa rendah diri. Saya juga berpeluang bertemu Kelly Osbourne dan Brad Goreski yang kedua-duanya mengacarakan Fashion Police," katanya yang akan menghadiri Golden Globe Awards Ahad ini.
Dengan Ryan Seacrest. - Foto ihsan Datuk Aznil Nawawi
Dengan penyanyi Christina Milian. - Foto ihsan Datuk Aznil Nawawi
- Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment