Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah dan juga pendakwah terkenal cedera di kepala akibat ditetak penjenayah setelah sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan isterinya dirompak di hadapan rumah mangsa di Taman Batu Muda, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi, isteri mangsa sedang bersembang dengan jiran, tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Kawasaki 150RR yang dinaiki dua lelaki.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pembonceng motosikal itu turun dan menuju ke arah isteri mangsa yang berada di halaman rumah.
“Penjenayah itu memasuki pintu pagar yang tidak di kunci, suaminya yang berada di dalam rumah menyedari suspek berjalan ke arah isterinya bertindak menyelamatkan isterinya.
“Berlaku pergelutan antara mereka, sebelum suspek berkenaan menetak kepala mangsa. Suspek merampas gelang tangan isteri mangsa, sebelum melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.
“Keadaan mangsa yang berusia 61 tahun itu stabil setelah menerima lapan jahitan, kepala mangsa turut retak pada sebelah kiri,” katanya.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment