ACER Aspire Switch 10.
ACER Aspire Switch 10 menjadi antara tablet pilihan bagi pengguna yang mahukan sebuah peranti yang boleh menjalankan banyak fungsi.
Tablet mudah alih ini mempunyai sistem operasi Windows 8.1 yang menawarkan empat cara penggunaan sekali gus.
Ia mempunyai Snap Hinge magnetik yang membuatnya boleh dicabut dan dipasangkan dengan papan kekunci selain boleh dijadikan laptop dan sebagai paparan ketika mesyuarat dan persidangan.
Aspire Switch 10 ini menggunakan panel skrin IPS yang menawarkan sudut pandang lebar disokong dengan teknologi zero air gap yang dikatakan mampu memberikan warna lebih terang dan mempunyai resolusi 1366 x 768 piksel.
Produk ini juga memiliki pembesar suara berganda pada bahagian depan yang direka untuk memberikan impak bunyi ke arah depan.
Ia juga boleh didirikan dengan kukuh walaupun tanpa sokongan tambahan.
Aspire Switch 10 mempunyai pemproses Intel Atom empat teras yang disokong dengan RAM sebesar 2GB serta kapasiti penyimpanan 62GB.
Dock papan kekunci tablet ini juga menawarkan kapasiti HDD tambahan sebesar 500GB.
Tablet ini tidaklah senipis tablet lain yang berada di pasaran kerana ia setebal 8.9 milimeter (tablet) dan 20.2 milimeter (laptop) selain agak berat.
Jika dibandingkan rekaan luaran dan kenipisan, Aspire Switch 10 jauh ketinggalan dengan lambakan tablet baru lain tetapi jika dibandingkan daripada segi prestasi, ia mesra pengguna dan memudahkan kerja.
- Sumber: BH Online
No comments:
Post a Comment