KARYA anak Malaysia, Indrani Kopal diiktiraf di Cannes.
KUALA LUMPUR: Karya pembikin filem Malaysia, Indrani Kopal, dinobat sebagai dokumentari terbaik kategori pelajar pada Festival Filem Cannes, Selasa lalu.
Dokumentarinya yang bertajuk The Game Changer mengisahkan usaha seorang guru tarian, Susan Slotnick, menggunakan tarian dalam program pemulihan di sebuah pusat tahanan di New York.
Menerusi status Indrani di laman sosial Facebook, wanita berusia 35 tahun itu yang sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang kajian dokumentari dan penerbitan di Hofstra University di New York, menyifatkan kemenangannya sebagai sesuatu yang sangat bermakna.
"Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan tahniah," katanya.
Sebelum ini, The Game Changer memenangi kategori Dokumentari Pendek Terbaik pada di Festival Filem Antarabangsa Harlem di New York.
- Sumber: The Star Online
No comments:
Post a Comment