Tuesday, 2 December 2014

Datuk Bandar London jamu nasi lemak, kayuh basikal di Kuala Lumpur

Datuk Bandar London, Boris Johnson mulakan lawatan hari kedua dengan sarapan tempatan - Foto AWANI/SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Warga kota khususnya di sekitar kawasan Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Masjid Jamek tentu terkejut dengan kehadiran Datuk Bandar London Boris Johnson.

Beliau tiba di ibu kota pada Ahad atas lawatan rasmi selama tiga hari.

Pagi tadi, Johnson melakukan tinjauan mesra di sekitar Dataran Merdeka bersama rakan sejawatannya dari Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib sebelum menikmati sarapan pagi di Kafe Old Market Square.

Ketibaan Johnson di kafe berkenaan dinanti-nanti oleh pekerja dan juga pelanggan yang lain.

MESRA: Boris Johnson terima penjelasan tentang makanan tempatan. -Gambar: Astro AWANI/Shahir Omar

Beliau yang tiba pada jam 10 pagi terus menarik perhatian orang ramai.

Pekerja kafe turut menerangkan tentang beberapa juadah yang terdapat di kafe itu, termasuk Yong Tau Foo.

ENAK: Johnson mulakan lawatan hari kedua dengan sarapan tempatan. -Gambar: Astro AWANI/Shahir Omar

Johnson turut ditemani Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia Vicki Treadell (dua dari kanan), Pengerusi Battersea Tan Sri Liew Kee Sin (kiri) dan Datuk Seri Johan Raslan (tiga dari kanan)

Kopi Ais, Nasi Lemak dan Yong Tau Foo merupakan antara makanan pilihan Johnson.


CANTIK: Johnson memberitahu pemberita bahawa beliau kagum dengan keindahan Kuala Lumpur. -Gambar: Astro AWANI/Shahir Omar

“Saya kagum dengan Kuala Lumpur. Ia cantik dan sebuah bandar hijau. Datuk Bandar Kuala Lumpur Phesal membawa saya melawat sekitar Kuala Lumpur dan visi beliau begitu menarik.

“Saya suka perancangan untuk mewudjukan sebuah taman di tepi sungai. Ia satu idea yang hebat dan saya yakin ia akan menjadi popular,” kata Johnson ringkat kepada pemberita.

RAMAH: Johnson menaiki LRT ke Abdullah Hukum untuk acara seterusnya. -Gambar: Astro AWANI/Shahir Omar

Selepas selesai tinjaun mesra pada jam 10.45 pagi, Johnson menaiki LRT dari stesen Masjid Jamek untuk menghadiri sesi dialog di Setia International Centre, Bangsar.

Ketibaan Johnson di stesen Abdullah Hukum disambut meriah dengan kehadiran kumpulan kompang.



Minutes ago as @mayoroflondon receives a grand welcome at the Abdullah Hukum Station https://t.co/LaielaXZ6t— syaf (@syafique) December 1, 2014


Turut menarik perhatian pihak media tempatan dan British adalah apabila Johnson dan Phesal berkayuh basikal untuk ke Setia International Centre yang tidak jauh daripada stesen berkenaan.

MESRA ALAM: Johnson kayuh basikal untuk ke Setia International Centre, Bangsar. -Gambar: Astro AWANI/Shahir Omar

Petugas dari pejabat Johnson dan wakil media tempatan dan British menaiki bas dan van khas untuk ke lokasi yang sama.



And off he goes as @mayoroflondon cycles to his next engagement https://t.co/TMqz6Jsg3E— syaf (@syafique) December 1, 2014


Johnson dijangka akan membuat lawatan ke institusi pendidikan British dan mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat terkemuka Malaysia.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara, termasuk Jakarta dan Singapura. 

No comments:

Post a Comment